seismik

"Aku Tercabar" - Pandai Main Roller Skate, Aksi Mak Cik Ini Curi Tumpuan Ramai Di TikTok

Powerlah aunty!

Cover image via @hananrahman86 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Roller skate bukanlah permainan yang baru wujud dalam kalangan masyarakat kita

Sebenarnya, sejak zaman mak-mak kita dulu lagi permainan ini sudah menjadi hobi mereka dan tidak dinafikan ramai di antara mereka berbakat bermain roller skate.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, gelagat seorang mak cik bermain roller skate dirakam oleh anaknya telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Smooth main roller skate, anak tercabar tengok mak beraksi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hananrahman86, kelihatan dia sedang berada di salah sebuah pusat permainan roller skate bersama ibunya.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia menunjukkan aksi si ibu yang hebat bermain roller skate walaupun sudah berusia 62 tahun.

Ibunya dilihat sangat lancar bermain roller skate di sekeliling tempat tersebut dan tidak kekok walaupun dikelilingi oleh golongan muda.

"Ni benda zaman mak-mak kita bro. Dekat Klang dulu siap ada port main roller skate macam disco" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 617.2K views, 49.3K likes dan 3.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut mengagumi kebolehan mak cik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kita yang muda ni pun asyik tergolek je bila main roller skate. Terbaiklah mak cik! :D

Image via tumblr

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: