seismik

"Kena Tahu Bila Patut 'Back Off'!" - Alif Satar Dedah Rahsia Kejayaan Perkahwinannya

Alif telahpun berumah tangga bersama isterinya, Shadila Halid semenjak 15 September 2014 yang lalu.

Cover image via imgur.com & Instagram @shadilahalid

Siapa tak kenal Alif Satar?

Alif Satar atau nama penuhnya, Muhammad Alif bin Mohd Satar mula berkecimpung dalam dunia seni pada tahun 2006 ketika usianya baru 16 tahun apabila memenangi tempat ketiga dalam program realiti One In A Million.

Image via Berita Harian

Kini, pada usia 29 tahun, Alif merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara. Selain merupakan seorang artis yang serba boleh, Alif Satar juga antara selebriti Malaysia yang tidak pernah dihimpit kontroversi.

Umum juga sudah sedia maklum bahawa Alif telahpun berumah tangga bersama isterinya, Shadila Halid semenjak 15 September 2014 yang lalu.

Image via Yahoo Singapore

Bersama, mereka dikurniakan dua orang puteri, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca, dan seorang lagi putera yang kini masih dalam kandungan.

Baru-baru ini, menerusi satu temu bual dengan stesen radio, Zayan, Alif telah menceritakan segala pengalaman pahit manis sepanjang lima tahun dia berumah tangga. Menerusi temu bual yang sama, Alif juga telah berkongsikan kunci kejayaan perkahwinannya bersama isteri.

Menurut Alif, setiap pasangan itu perlu saling sokong-menyokong di antara satu sama lain sama ada secara fizikal, mental, mahupun rohani

Tambahnya, dalam perkahwinannya sendiri, dia dan Shadila perlu bahagia secara individu dahulu, dan kebahagiaan itu kemudiannya dikongsi bersama-sama.

Bukan itu sahaja, perkara paling penting yang menjadi pegangan dalam rumah tangga adalah komunikasi. Setiap pasangan juga perlu turunkan ego dan adalah tidak berbaloi untuk hilang seseorang yang dicintai.

"Jadi biarlah you mengaku kalah sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku sehingga menjadi lebih teruk," katanya.

Dalam temu bual itu, Alif turut meluahkan rasa kagumnya kepada isteri yang sentiasa menyokong dirinya dari dulu sehingga kini

"Isteri Alif itu sebenarnya Alif lah. Bila Alif jatuh, dialah yang bantu Alif bangun kembali. Bila Alif tak semangat. dia yang bantu bangkitkan semula semangat Alif," jelasnya.

Pada masa yang sama, Alif turut merasa bangga dengan isterinya yang tidak lokek menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Katanya, "Tak mudah nak jaga anak-anak semasa dekat rumah terutamanya apabila isteri pun bekerja kemudian kena balik lagi untuk jaga anak."

"Alif rasa itulah pengorbanan yang luar biasa. Ada satu tahap penghargaan dan penghormatan kepada para ibu yang bekerja ataupun tidak. Tapi menjadi satu unit keluarga itu bukanlah perkara senang," tambahnya lagi.

Salah satu tips yang digunakan oleh Alif adalah meninggalkan telefon bimbit ketika berada di rumah

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, setiap pasangan perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak di rumah.

"Phone boleh letak jauh-jauh. Biar duduk sama-sama satu tempat, tak perlu bersembang pun. Tengok TV sama-sama ke.

Tempat paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekali dalam sehari tu makanlah sama-sama," jelasnya.

Lihat video penuh temu bual Alif Satar di bawah:

Awhhh.

Semoga Alif & Shadila sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lelaki sebelum kahwin make sure kalian ubah dulu 5 tabiat ni!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: