Anak Kesian Lihat Pak Cik Jual Keropok Tengah Panas, Siap Minta Izin Ibu Bantu Belikan
Baik hati awak dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Didikan awal bagi kanak-kanak amatlah penting, terutamanya bagi ibu bapa
Hal ini kerana didikan awal semuanya bermula dari ibu bapa itu sendiri. Sudah pasti semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka kerana nak-anak merupakan cerminan daripada ibu bapa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak lelaki baik hati meluahkan rasa simpatinya terhadap seorang peniaga telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sampai hati lihat pak cik jual keropok tengah panas
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu berkongsi situasi semasa dia dan anak lelakinya sedang berada di dalam kereta. Mereka kemudian ternampak seorang pak cik yang menjual keropok di tengah jalan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si anak merasa kasihan kepada pak cik berkenaan dan meminta izin supaya si ibu membeli keropok daripada pak cik tersebut.
Kebaikan hatinya itu lalu dituruti oleh si ibu dan menyuruh agar anaknya memanggil pak cik tersebut untuk membeli keropok darinya.
Lihat antara video lain itu di bawah:
"Selain didikan orang tua, mngkin kerana orang tuanya baik, anak mencerminkan sikap sifat perilaku orang tua" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji kebaikan hati kanak-kanak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 674.4K views, 14K retweets dan 54.8K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!