Anak Perempuan Pakaikan Jubah Konvokesyen Untuk Mak Ayah Ini Buat Netizen Turut Sebak
Kebahagiaan ibu bapa adalah paling penting.
Membahagiakan ibu bapa merupakan impian yang ingin dicapai oleh semua anak-anak
Apatah lagi menghadiahkan mereka sebuah kejayaan yang dapat membanggakan mereka. Selain itu, ia dapat membalas jasa mereka membesarkan kita sejak kecil.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berkongsi kenangan menyentuh hati berkenaan majlis graduasinya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pakaikan mak ayah jubah konvokesyen untuk kenangan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @achhuuuuu di TikTok, kelihatan seorang pelajar wanita sedang menyarungkan jubah konvokesyen kepada ibu bapanya selepas majlis graduasinya.
Dapat dilihat dalam video itu, ibu bapanya dirakam mengenakan jubah dan mortar board tersebut sambil ditolong olehnya.
Difahamkan, pelajar wanita tersebut merupakan anak bongsu. Dia juga meninggalkan pesan yang menyentuh hati dalam video itu.
"Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hadiahkan mak abah sebuah kejayaan, tapi masih jauh perjalanan untuk aku bahagiakan mak abah. Umur mak abah dah larut, aku anak bongsu, masih tak cukup lagi untuk aku balas jasa mak abah. Doa kan. Terima kasih untuk semua nya," katanya.
"Tahniah kak, dulu masa kita convo bapa kita menangis dalam dewan katanya, konvo juga anak kita ya mi huwa" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 215K views, 41.5K likes dan 594 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu dan mendoakan kesejahteraan keluarga tersebut. Ada juga yang berkongsi kehidupan mereka dan relate dengan video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!