Anak Sabah Tewaskan Penari Terbaik Dunia, Harumkan Nama Malaysia Di Pentas DWC 2026
Memang betul-betul hebat!
Cover image via @yolandadancestudiokk (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sekali lagi membuktikan anak tempatan mampu berdiri sebaris dengan bakat terbaik dunia
Kali ini, giliran penari berbakat dari Sabah, Mohd Aydiel Izzuddin Madri mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dunia di Dance World Cup Finals 2026 yang berlangsung di Dublin, Ireland.
Lebih membanggakan, Aydiel berjaya menewaskan peserta dari pelbagai negara untuk muncul juara dalam kategori Senior Solo National and Folklore (Lelaki).


Bukan sekadar juara kategori, malah persembahan terbaik keseluruhan
Menurut hantaran yang dikongsi @yolandadancestudiokk di Instagram, kejayaan Aydiel tidak terhenti di situ. Beliau turut menerima pengiktirafan paling berprestij pertandingan apabila diumumkan sebagai Grand Finals Winner Senior Male 2026, iaitu gelaran yang diberikan kepada persembahan lelaki senior terbaik sepanjang kejohanan tersebut.
Menurut Yolanda Dance Studio, kejayaan itu lahir daripada bertahun-tahun latihan, dedikasi dan semangat Aydiel dalam mengangkat seni budaya Malaysia ke pentas antarabangsa.
Di sebalik pencapaian di pentas dunia, Aydiel juga memainkan peranan besar dalam pembangunan industri tarian tempatan.
Beliau merupakan pengasas dan ketua pasukan Illeagle Freedom, selain memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Arusan Tari Malaysia yang aktif memperkasakan seni tari di dalam dan luar negara.
Studio berkenaan menyifatkan Aydiel bukan sahaja seorang juara, malah seorang pemimpin dan mentor yang menjadi inspirasi kepada generasi penari muda.


Bukti budaya Malaysia mampu bersinar di pentas dunia
Kejayaan Aydiel membuktikan warisan budaya Malaysia masih relevan dan mampu memukau juri antarabangsa apabila dipersembahkan dengan kreativiti, disiplin serta identiti yang kuat.
Tahniah buat Mohd Aydiel Izzuddin Madri kerana sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat lebih ramai anak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


