Anda Boleh Naik Tren LRT3 Secara Percuma Selama 30 Hari Sehingga 31 Julai
Tawaran perkhidmatan percuma ini turut melibatkan bas perantara yang disediakan di stesen-stesen LRT3.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Laluan LRT3 Shah Alam secara rasmi telah dibuka dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mencubanya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa perjalanan di laluan LRT3 Shah Alam yang baru dilancarkan akan diberikan tambang percuma selama sebulan, dari 29 Jun hingga 31 Julai.
Tambang percuma ini juga melibatkan perkhidmatan bas perantara yang dikendalikan oleh Prasarana di sepanjang laluan terbabit.
Tempat letak kenderaan percuma juga disediakan di enam kemudahan Park N' Ride yang ditetapkan di LRT3 Laluan Shah Alam iaitu Kayu Ara, Pasar Klang, Bandar Bukit Tinggi, Damansara Idaman, Seri Andalas, dan Johan Setia.

Penumpang masih dikehendaki 'tap card' menggunakan kaedah pembayaran pilihan mereka
Mereka yang menggunakan kad Touch 'n Go atau Pas Perjalanan Rapid KL (termasuk My50, Rapid Bulanan, Rapid Kota, Rapid Kembara, Rapid Keluarga, Rapid Mesra, Rapid Pelajar dan Rapid Emas) perlu memastikan kad mereka aktif dan mempunyai nilai simpanan minimum RM5 sebelum memasuki stesen.
Sebagai alternatif, penumpang boleh mendapatkan tiket QR daripada Ticket Vending Machine (TVM) sebelum menggunakan LRT. Tiada tambang akan ditolak semasa tempoh perjalanan percuma.
Anwar berharap tempoh tambang percuma ini akan menggalakkan lebih ramai orang mencuba LRT, terutamanya di sepanjang kawasan Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Menurutnya, pegurangan bilangan kenderaan persendirian di jalan raya dapat membantu menjimatkan masa dan bahan api pengguna di samping mengurangkan pelepasan karbon.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via