Anda Kini Boleh Berinteraksi Dengan PMX AI Di WhatsApp, Ini Caranya

Boleh tanya macam-macam benda!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia kini boleh berbual dengan avatar AI dirinya di WhatsApp

Pengumuman itu dibuat melalui video yang dikongsi di akaun media sosial rasminya pada Sabtu, 18 Julai, mengajak orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dengan chatbot tersebut.

Nama 'PMX AI' hadir daripada gelaran Anwar sebagai perdana menteri ke-10 Malaysia dan huruf depan pada nama beliau.

Difahamkan, chatbot itu dilatih berdasarkan ucapan rasmi, tulisan dan rekod dasar Anwar yang diluluskan sepanjang pentadbirannya, membolehkannya bertindak balas dengan gaya yang mencerminkan cara ucapan perdana menteri itu.

Dibangunkan oleh firma perkhidmatan digital tempatan Zetrix AI, chatbot ini dihasilkan bertujuan menyediakan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang dasar, inisiatif dan pentadbiran kerajaan.

Kemas kini masa hadapan juga dijangka membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan kerajaan terpilih secara langsung melalui WhatsApp, termasuk memperbaharui MyKad, pasport dan lesen memandu, hanya dengan bersembang dengan PMX AI.

SAYS.com
Image via Bernama/New Straits Times

Anwar memaklumkan platform itu juga bertujuan memberi rakyat Malaysia satu lagi saluran untuk berkongsi pendapat, kebimbangan dan aspirasi mereka dengan kerajaan

"Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.

"Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan masa depan yang jauh lebih baik.

"Jadi, saya amat berharap bahawa kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan, dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat.

"Saya mengajak semua untuk ikut serta dalam kempen ini dan mula mencipta wacana yang segar untuk negara dan rakyat," tulisnya.

Borak dengan PMX AI di SINI.

Lihat video pengumuman tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: