Anda Kini Boleh Mohon Penggantian MyKad Secara ‘Online’ Guna MyGOV, Ini Caranya

Lebih mudah dan menjimatkan masa!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai yang mahu membuat permohonan penggantian kini boleh membuatnya dengan cara baharu

Jika sebelum ini proses permohonan gantian MyKad perlu dilakukan secara fizikal dengan berkunjung ke kaunter, rakyat Malaysia kini boleh melakukannya secara dalam talian.

Kementerian Digital Malaysia menerusi hantarannya di laman sosial mengumumkan perkara itu boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyGOV.

"Kini, aplikasi MyGOV Malaysia memudahkan anda membuat permohonan gantian MyKad secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter untuk memulakan permohonan," menurut kementerian itu.

Berikut adalah lima langkah mudah proses tersebut:

  1. Muat turun atau kemas kini aplikasi MyGOV Malaysia.
  2. Log masuk ke akaun MyGOV anda.
  3. Pilih Kelahiran & Pengenalan Diri (Penggantian MyKad).
  4. Isi maklumat dan muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  5. Hantar permohonan dan ikuti arahan seterusnya.

Kementerian tersebut turut menyeru orang ramai untuk menghebahkan inisiatif ini bagi memudahkan urursan berkaitan penggantian MyKad.

"Lebih mudah, lebih digital! Jom manfaatkan kemudahan MyGOV Malaysia dan kongsikan info ini dengan keluarga serta rakan-rakan!" menurutnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: