Anda Kini Boleh Pilih Keluar Daripada Skim Lindung 24 Perkeso, Ini Caranya
Dengan menarik diri, pekerja tidak lagi perlu membayar sehingga RM45 untuk skim ini, tetapi akan kehilangan perlindungan 24 jam Perkeso.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 13 Julai, pekerja boleh memilih untuk tidak menyertai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
Pilihan penarikan diri ini boleh dilakukan secara dalam talian, di mana pencarum hanya perlu log masuk ke portal Lindung 24 Jam dan memilih butang pilihan untuk tidak menyertai.
Diperkenalkan pada Jun, skim ini menyediakan perlindungan sepanjang masa untuk pekerja yang layak sepanjang tempoh pekerjaan, termasuk perlindungan untuk kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja dan tidak berkaitan secara langsung dengan tugas mereka.
Sebagai contoh, pekerja yang mengalami kecederaan akibat jatuh pada hari tidak bekerja mungkin layak membuat tuntutan. Perkara yang sama berlaku untuk kecederaan yang dialami dalam kemalangan jalan raya di luar waktu kerja.
Faedah-faedahnya adalah seperti berikut:
- Kos rawatan perubatan
- Faedah hilang upaya sementara
- Faedah hilang upaya kekal
- Faedah tanggungan
- Elaun kehadiran berterusan
- Faedah pengebumian
- Pemulihan fizikal dan vokasional
- Sokongan program Kembali Bekerja (RTW)
- Faedah pendidikan
Kadar caruman bermula adalah 0.75% daripada gaji bulanan, meningkat kepada 1% pada tahun ketiga dan 1.25% masuk tahun keenam.
Bagi pekerja dengan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, jumlah caruman Perkeso adalah antara RM22.50 hingga RM37.50 sebulan, dipotong terus daripada gaji.

Jika anda memutuskan untuk menarik diri, berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Lawati portal Lindung 24 Jam.
2. Buat akaun.

3. Log masuk dan tekan pilihan 'SAYA MEMILIH UNTUK TIDAK MENYERTAI Skim LINDUNG 24 Jam' di bahagian akuan pekerja.
4. Pilih 'Hantar'.

5. Sahkan pengakuan anda dengan klik 'Sahkan, Saya Tidak Mahu Menyertai'.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau emel mereka di [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via