Anda Perlu Bayar Minimum RM28,000 Untuk Tonton Final World Cup 2026 Di Stadium
Untuk rekod, acara sukan ini paling mahal pernah dianjurkan di Amerika Syarikat dari segi harga tiket di pasaran semula.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiket paling murah untuk menonton final Piala Dunia antara Sepanyol dan Argentina adalah sekitar RM28,000
Menerusi laporan Berita Harian, data daripada TickPick, sebuah platform jualan tiket sekunder mendapati purata harga tiket bagi perlawanan tersebut mengatasi kejohanan sukan lain di Amerika Syarikat (AS) seperti Super Bowl dan Final NBA.
Harga tiket paling murah untuk memasuki stadium ketika ini adalah AS$6,943 (RM28,248) bagi satu tiket, sedikit menurun berbanding sekitar AS$7,200 (RM29,304) sebelum Argentina menewaskan England pada aksi separuh akhir, awal pagi tadi.
Purata harga pembelian tiket pula mencecah AS$11,327 (RM46,101), sekali gus menjadi rekod tertinggi yang pernah dicatatkan.
Sehingga pagi tadi, pembelian tiket paling mahal yang direkodkan adalah dua tiket di Seksyen 115A Stadium MetLife dengan harga AS$28,479 (RM115,909) setiap satu atau AS$56,958 (RM231,818) bagi kedua-duanya.

Harga sebuah tiket paling murah bagi perlawanan penentuan tempat ketiga bernilai lebih RM3,000
Harga tiket paling murah bagi perlawanan penentuan tempat ketiga antara Perancis dan England adalah sekitar AS$900 (RM3,663).
Harga tiket bagi perlawanan terbabit turut menurun kira-kira AS$300 (RM1,221) selepas England tewas kepada Argentina.
Piala Dunia 2026 juga dianggap kejohanan paling mahal dalam sejarah 96 tahun acara utama FIFA itu berdasarkan pelbagai aspek utama.
Bagaimanapun terdapat juga beberapa perlawanan yang menyaksikan harga tiket di pasaran semula merosot sepanjang kejohanan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via