'Dakwah Ikut Nabi Bukan Emosi’ - Isu PAS Vs Selena Gomez Diberi Kritikan Pedas
"Tak kiralah Kafir mana pon masuk rumah kita. Bila dia dijemput, dia tetamu kita" - Ijan Lana
Sejak minggu lalu, kecoh sana-sini apabila konsert Selena Gomez #RevivalTour diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam
Isu itu mula timbul apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah sekeras-kerasnya membantah konsert tersebut yang diangggap seperti mencemarkan kemuliaan bulan Syawal. Selepas isu itu timbul, bermacam-macam pendapat telah diutarakan ramai pihak di laman sosial. Ada yang bersetuju, ada yang tidak.
Sama seperti pemuda bernama Ijan Lana, yang mana telah berkongsi pendapat beliau mengenai konsert tersebut di laman Facebook
"Antara PAS, Sembang Dan Selena Gomez"
No wonderlah CINA dan India selalu protes bila enakmen syariah yg diketengahkan. Bukan menyalah kan CINA dan India. Tetapi, sikap melayu islam itu sendiri yg selalu mempamerkan the Bad things about Islam.
Yes. Tak kiralah Kafir mana pon masuk rumah kita. Bila dia dijemput, dia tetamu kita. Dia patut dihormati.
Bukan didoakan bala menimpa dan keburukan pada yg lain. Seolah2 Selena Gomez menentang Islam. Walhal, dia antara yg mendoakan ttg apa yg berlaku di gaza dan menitik beratkan humanity dalam masyarakat.
Sampai ada yg buat solat hajat.
Baginda sendiri membersihkan kencing seorang budak walaupun Abu Bakr ingin memarahi perbuatan keji budak tersebut di dalam Rumah Allah. Islam itu memberi harapan pada mereka yg jahil. Bukan menghina dan mendoakan keburukan pada yg jahil.
Rahmat Tuhan tu luas.
Kalau tak nak ambil contoh tersebut. Baginda juga tidak mendoakan keburukan musuh Spt Umar, Hamzah, Abu Jahal dan Abu Lahab walaupun ada yg pernah membaling tahi, dipanggil Al Majnun, Dicekik, dan diugut dihempaskan batu ketika nabi sdg bersolat.
Soalnya pula, apa perbezaan konsert Selena Gomez dengan konsert Jom Heboh dan konsert-konsert lain di Malaysia? Malah stesyen televisyen, Industri Perfileman tempatan lebih banyak maksiat ditontonkan secara terang-terangan.
Selena Gomez tu dah tentu2 kafir dari azali. Dan bagi aku, lelaki yg pandang dia takdelah bernafsu. Dan track record dia jugak baik dalam konsert jelajah beliau.
Apa beza Konsert beliau dgn konsert Jom Heboh dan konsert2 di Malaysia?
Andai kata ada pihak mengatakan kita ini meraikan maksiat. Stesyen televisyen kita, Industri Perfileman kita lebih banyak maksiat secara terang terangan. Everyday 24/7. Kita bukan meraikan.
Tapi, zaman berubah. Cara kita berdakwah juga pon kena lebih terbuka. Be transparent. Kita kalau nak agama lain respect kita, kita kene lh respect org lain.
Ada yg menyamakan kenapa Halang zakir naik? Kenapa x halang selena Gomez. Ada pihak yg aku rasa tak Faham Isu.
Zakir naik bukan dihalang bagi speech. Dia still bagi dibenarkan bagi speech dan diraikan tetapi cuma tajuk nya ditukar. Sebab dia bawa tajuk yg berat. Setiap negara ada difference stage of mindset.
Ada beza dihalang dan "Dihindari dari timbul fitnah"
Dia datang bukan menentang agama. Dia datang atas sebab untuk bertemu peminat. Malaysia ni bukan ada satu bangsa dan agama je. Kita dah setuju duduk serumah dengan Cina India Dan sikh, mereka juga ada hak untuk berhibur.
Beliau mengingatkan bahawa kalau nak berdakwah itu bukan mengikut emosi tetapi mengikut nabi
Hidayah tu bukan pada tgn manusia. Dosa dan pahala pon bukan kita yg kira.
Macam kita ni kompem masuk syurga je bila bercakap. Sekali dia masuk islam semua dosa dia terhapus. umpama kain putih.
Korang? Masih mendoakan keburukan org lain. Dia dah tentu2 kafir x menutup aurat., korang kata x hormat negara islam. Yg org sekeliling korang yg kompem2 muslim tu yg x tutup aurat dia menghina siapa?
Mana protes korang?
Kalau korang berkelahi ttg cara menyampaikan kebaikan. Dgr sini apa Allah sebut dalam Al quran.
"Serulah manusia kejalan kebaikan dgn penuh hikmah (bijaksana)"
Kalau rasa hinaan korang tu dakwah yg bijaksana. Teruskan.
Dan satu lagi, kalau nak berdakwah bukan ikut emosi. Tapi ikut nabi. Apa Allah sebut, laqad konalakum fi rasululloh hi uswatun hasanah.
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yg baik"
Sekian. Silakan Kondem para Pejuang Islam di Facebook.
Selepas post tersebut dimuatnaik, sehingga kini ia mendapat lebih daripada 2 ribu shares tetapi seperti biasa ramai yang bersetuju dan ramai juga yang membantah. Apa respon mereka?
1. Bising artis luar pakai dedah sana sini. Yang artis Malaysia pulak macam mana?
2. Serata KL bersepah dah budak Melayu dedah aurat sana-sini. Buatlah protes.
Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Setelah membaca komen-komen netizen ini, apa kata anda?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!