seismik

"Arwah Dah Tak Rasa Sakit Lepas Terbakar" - Doktor Ini Jelaskan Apa Itu Third Degree Burn

"Kebodohan pembunuh-pembunuh ni disebabkan dorang tak hantar arwah ke hospital secepat mungkin." - Mohd Nor Hafiz Suratman.

Cover image via postimg.org

Mei lalu, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kematian tragik Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain

Allahyarham yang merupakan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu dilaporkan diseksa oleh 5 orang rakannya, juga penuntut di universiti yang sama sebelum menemui ajal.

Kematian mangsa dianggap sebagai kes pembunuhan paling kejam untuk tahun ini yang mana Zulfarhan ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, kemaluan, tangan dan kakinya.

Mangsa tidak dapat bertahan kerana tubuh badannya melecur 80% yang mana ia dikategorikan sebagai third degree burn. Apa itu third degree burn?

Baru-baru ini, seorang doktor melaui akaun Facebook miliknya, Mohd Nor Hafiz Suratman telah membuat penjelasan berkenaan punca kematian arwah.

Baca penjelasan beliau di bawah:

Kematian 3rd degree burn bukan disebabkan arwah tak tahan sakit terbakar, sebab 3rd degree burn segala lapisan kulit dah habis, nerve2 ending atau sakit dah takde lagi.

Generally, arwah dah tak rasa sakit lagi lepas terbakar, mungkin hanya rasa sakit di bahagian ending margin kulit yang tak sepenuhnya 3rd degree burned. Yang sakit lepas terbakar hanya first dan second degree saja.

Kematian 3rd degree disebabkan oleh kehilangan fluid badan dari vessel2 yang dah damaged yang akan lead pada shock dan sangat mudah terkena infection disebabkan lapisan kulit dah takde lagi.

Infection atau especially shocked akan lead pada organ failure dan lain2. Protective barrier semua dah hilang.

Fluid resuscitation adalah treatment utama dalam burn treatment, tu pun untuk below 25% total body surface area.

facebook.com

Kita classify burn melalui Rule Of Nine. Atas 30% tbsa boleh sebabkan kematian kalau tak dirawat apatah lagi arwah terbakar lebih 80% tbsa. Selalunya skin grafting akan mula dibuat untuk 3rd degree dan fluid resus.

Wajib dihantar ke hospital secepat2 mungkin sebab kadar kematian sangat tinggi. Tapi dibiarkan berhari2 tanpa sebarang treatment!

Kebodohan pembunuh2 ni disebabkan dorang tak hantar arwah ke hospital secepat mungkin.
Moga masa menunggu tali gantung tu, harap bertaubat. Ada masa lagi Tuhan beri peluang.
Alfatihah untuk arwah Zulfarhan, dan takziah untuk keluarga dan darah daging beliau. Saya sangat terkesan dengan kes ni...

facebook.com

Bagaimanapun, semalam Kementerian Kesihatan memutuskan untuk memanggil doktor yang merawat arwah sebelum ini

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, doktor terbabit sepatutnya tahu membezakan kesan kecederaan akibat didera atau sebaliknya, termasuk segera melaporkan kepada polis jika keadaan kecederaan pesakit mencurigakan.

“Menjadi amalan biasa doktor perlu melaporkan (kepada polis) jika sangsi wujud isu berkaitan jenayah.”

“Memang doktor tiada hak kerana ia babitkan kes jenayah, namun seseorang doktor perlu tahu mereka perlu lapor,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes bunuh kejam sebelum ini:

http://says.com/my/seismik/wuttisan-wongtalay-bunuh-anak-11-bulan-di-facebook-live-sebelum-gantung-diri-sampai-mati

You may be interested in: