seismik

ARMY Naik Angin Penyampai Anugerah 'Buat Main' Nama BTS Di Pentas ABPBH 32

Bandar Tasik Selatan?

Cover image via Kpop Asiachan & Twitter

Acara gilang-gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 (ABPBH32) telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC)

Image via ABPBH

Sebanyak 22 anugerah telah disampaikan pada malam tadi dan artis yang paling menarik perhatian tentunya tidak lain tidak bukan, Mira Filzah. Pelakon berusia 26 tahun itu menggondol 4 anugerah, termasuk anugerah terbesar dan paling berprestij iaitu Bintang Paling Popular 2019.

Mira Filzah turut memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular, dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

Mira Filzah bawa pulang 4 anugerah beserta sebuah kereta Nissan X-Trail.

Image via Instagram @mfmirafilzah

Buat julung kalinya tahun ini, dua anugerah untuk artis antarabangsa telah diperkenal iaitu ‘Artis Indonesia Popular’ dan ‘Artis Korea Popular’

Anugerah Artis Indonesia Popular dimenangi oleh penyanyi berwajah manis Laudya Cynthia Bella. Populariti Laudya mencanak naik selepas bernikah dengan usahawan Malaysia, Engku Emran pada September 2017.

Laudya Cynthia Bella

Image via Instagram @laudyacynthiabella

Anugerah Artis Korea Popular pula menyaksikan saingan sengit 4 kumpulan popular iaitu BTS, Blackpink, GOT7, dan EXO serta penyanyi berpengaruh G-Dragon.

Rata-rata peminat bersungguh-sungguh mengundi idola kegemaran mereka, dan akhirnya kemenangan berpihak kepada BTS setelah mendapat undian tertinggi.

Image via Twitter

BTS tidak menghadirkan diri untuk menerima anugerah tersebut dan seorang wakil ARMY dari Malaysia telah dijemput naik ke atas pentas untuk mengambil trofi kemenangan.

Di sebalik kegembiraan, perasaan ARMY seperti dirobek apabila dua penyampai pada ketika itu dilihat seperti mempersenda nama idola kesayangan mereka itu

Penyampai tersebut, Azar Azmi dan Azhan Rani yang popular menerusi drama Nur 2 telah memberi komen yang kurang sedap didengar.

“BTS tak dapat datang, yang datang Bandar Tasik Selatan” -
 Azar Azmi

“BTS.. Behind the scene” - Azhan Rani

Rata-rata ARMY bengang melihatkan kedua-dua penyampai itu yang bersikap tidak profesional kerana tanpa rasa bersalah membuat main nama kumpulan BTS.

Anugerah yang baru diperkenal ini nampaknya menerima kecaman buruk daripada ramai netizen, masing-masing hairan kenapa anugerah tersebut dipertandingkan

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Ada juga yang memohon kepada Berita Harian supaya mengeluarkan anugerah ini daripada ABPBH edisi seterusnya bagi mengelakkan artis K-pop menjadi bahan ketawa orang ramai

Lagi pun, ABPBH merupakan sebuah platform untuk menghargai bakat-bakat tempatan. Tak gitu?

So, korang ada nak komen apa-apa tak?

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh? Rekod BTS dah lebur?

You may be interested in: