"Asalkan Faham" - Netizen Puji Pelumba Basikal Ini Cakap 'English' Loghat Ganu. Salute!
Jadi diri sendiri je, tak perlu nak mengada ada 'accent' bagai bila berbahasa Inggeris.
Semakin ramai yang semakin sedar tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris terutamanya dalam kehidupan seharian
Apa tidaknya, bahasa Inggeris kini seakan menjadi bahasa rasmi dalam urusan pekerjaan dan lain-lain membuatkan semakin ramai kini cuba untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris mereka.
Namun, menjadi masalah pula apabila usaha sesetengah individu untuk mempelajari bahasa ini dijadikan jenaka oleh orang sekeliling membuatkan ada yang putus asa untuk belajar kerana enggan diejek.
Selain itu, ada juga yang berbahasa Inggeris beserta loghat 'orang putih' turut menjadi isu.
Baru-baru ini, pelumba basikal negara, Mohd Hariff Salleh viral di media sosial gara-gara satu temu bualnya dalam bahasa Inggeris
Video berdurasi satu minit 16 saat itu dikongsi oleh akaun Twitter, MY Teh O Ais, menunjukkan Hariff tenang menjawab soalan yang ditanyakan wartawan mengenai prestasinya dalam sukan itu dalam bahasa Inggeris beserta loghat Terengganunya yang pekat.
Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mencecah 625.9 ribu tontonan dan mempunyai hampir 13 ribu retweets serta 17.5 ribu likes.
Turut sama memuji keyakinan Harrif adalah warganet. Rata-rata mereka suka dengan caranya yang bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan.
Bahasa:
"Dia bercakap bahasa Inggeris dengan bagus beserta loghat tempatan. Kita tidak perlu loghat palsu untuk kelihatan bagus ketika bercakap," tulisnya.
Bahasa:
"Kita harus menerima loghat 'bahasa Inggeris - bahasa Melayu. Seriuslah, anda lihat orang Jerman cakap bahasa Inggeris dengan bunyi Jerman yang pekat dan anda boleh lihat orang Itali cakap bahasa Inggeris dengan bunyi Itali yang pekat," tulisnya.
Bahasa:
"Dia punya bahasa Inggeris tak teruk langsung. Hentikan mengejek orang, kita seharusnya menggalakkan lebih ramai orang berlatih dan bercakap bahasa Inggeris," tulisnya.
Bahasa:
"Kalau Boon boleh menang Oscar untuk Filem Terbaik dan beri ucapan dalam bahasa Korea, saya tak nampak isu apa-apapun dengan lelaki ini. Cakap bahasa Inggeris tidak bermaksud anda pandai," tulisnya.
Bahasa:
"Sebagai warga Terengganu, kami sangat bangga dengannya sebab dengar bunyi Terengganu dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Salute!" tulisnya.
Rupanya ini bukanlah kali pertama insiden ini terjadi. Tahun 2019, dia juga pernah viral kerana berbahasa Inggeris loghat Ganu ketika ditemu bual wartawan.
Fuh, ini lah yang kita mahu! Yang penting kena yakin masa bercakap dan mesej yang disampaikan itu orang fahami, kan?