ASIA Influential Award 2026 Angkat Legasi Usahawan & Pemimpin Perniagaan Di Rantau Asia

Difahamkan, ASIA Influential Award ini adalah untuk mengiktiraf usahawan dan kepimpinan dari pelbagai negara Asia.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kejayaan sesebuah perniagaan bukan sekadar diukur berdasarkan keuntungan, sebaliknya turut dinilai melalui keupayaan membina legasi dan bertahan dalam industri selama puluhan tahun

Pendekatan itu menjadi antara fokus utama penganjuran ASIA Influential Award 2026 yang mengiktiraf pencapaian usahawan serta pemimpin perniagaan dari lebih 22 negara di Asia.

Pengerusi Penganjur ASIA Influential Award 2026, Dr Jann Lim Shiek berkata, anugerah itu bertujuan mengetengahkan usaha dan perjalanan kejayaan usahawan supaya dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat serta pemain industri lain.

"ASIA Influential Award ini untuk mengiktiraf usahawan dan kepimpinan dari pelbagai negara Asia. Kita mahu menghargai usaha mereka serta memberi peluang kepada orang ramai mengenali kisah kejayaan dan perjalanan perniagaan mereka," katanya.

SAYS.com
Image via ASIA Influential Award 2026

Menurutnya, anugerah berkenaan turut memberi perhatian kepada syarikat yang berjaya mengekalkan prestasi dan kelangsungan perniagaan dalam tempoh yang panjang.

Beliau berkata, terdapat enam penerima anugerah dalam kalangan syarikat yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, manakala kira-kira 10 penerima lain mewakili syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri.

Antara syarikat yang diketengahkan ialah Hospital Pakar CMH yang mempunyai sejarah operasi lebih 40 tahun, sekali gus mencerminkan kepentingan legasi dalam membina kepercayaan dan mengekalkan kedudukan sesebuah organisasi.

Pemilihan penerima anugerah dilaksanakan menerusi tiga peringkat utama, bermula dengan pencalonan sebelum penilaian oleh barisan juri dari negara berbeza

Jann berkata, proses itu turut merangkumi pemantauan bagi memastikan syarikat yang dicalonkan memenuhi syarat ditetapkan, termasuk tempoh operasi melebihi tiga tahun dan jumlah perniagaan sekurang-kurangnya satu juta.

Penganjuran edisi 2026 merupakan kali kedua anugerah itu diadakan selepas diperkenalkan sebagai ASEAN Influential Award pada tahun sebelumnya.

Tambah Jann, perubahan nama kepada ASIA Influential Award mencerminkan peluasan skop pengiktirafan berkenaan untuk merangkumi lebih banyak negara dan komuniti perniagaan di rantau Asia.

Edisi kali ini turut menghimpunkan penerima anugerah dari beberapa negara, antaranya Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, China, Taiwan dan India, selain kehadiran wakil kepimpinan tempatan dari Filipina.

SAYS.com
Image via ASIA Influential Award 2026

Beliau berkata, penganjur berhasrat meneruskan anugerah itu setiap tahun sebagai platform berterusan untuk menghargai pencapaian usahawan dan mengetengahkan kisah kejayaan perniagaan dari pelbagai latar belakang.

Melalui pendekatan itu, ASIA Influential Award bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pencapaian semasa, malah mengetengahkan nilai ketekunan, kepimpinan dan kelangsungan perniagaan yang membentuk legasi sesebuah syarikat.

Antara penerima utama yang diketengahkan merangkumi Hospital Pakar CMH menerusi anugerah Hospital Excellence yang diwakili Hendric Koo atas sejarah operasi melebihi 40 tahun, Datuk Cheah Soon Kit (Lagenda dan Jurulatih Badminton Malaysia) serta Rusmin Lawin (Presiden FIABCI Asia Pacific 2024–2026) bagi Leader Award, Cindi King Chan (Datuk Bandar Lapu-Lapu City, Filipina) bagi Outstanding City Leadership, serta Nina Mikova bagi kategori Emerging Star.

SAYS.com
Image via ASIA Influential Award 2026

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: