seismik

Asrama Tahfiz Di Shah Alam Terbakar. Pelajar Sedang Mengaji Al-Quran Ketika Kejadian

Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bilik asrama berkeluasan 83 meter persegi itu musnah dalam kebakaran terbabit.

Cover image via bharian.com.my

Dilaporkan sebahagian daripada ruang asrama sebuah sekolah tahfiz di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam, musnah akibat kebakaran malam tadi

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam di Akademi Ihya Ul-Quran Tahfiz itu dipercayai berpunca daripada kebakaran kecil yang berlaku apabila sebuah bantal terbakar selepas terkena bara ubat nyamuk.

Pelajar Muhammad Farhan Muzabfar, 14, berkata ketika kejadian, seramai 13 pelajar di sekolah tersebut sedang mengaji Al-Quran sebelum menyedari asrama mereka yang terletak di tingkat dua bangunan itu terbakar.

Image via BH Online

"Kami sedang mengaji selepas solat Maghrib sebelum seorang rakan yang keluar ke tandas terhidu bau pelik serta ternampak cahaya terang dari tingkat atas.

"Rakan itu segera memaklumkan kepada kami dan guru dalam kelas sebelum beberapa orang naik memeriksa dan mendapati dapati asrama sedang terbakar.

"Ustaz segera mengarahkan kami keluar menyelamatkan diri dan menghubungi pihak berkuasa," katanya.

bharian.com.my

Mohd Khairul Ni'mat Doll Kawaid, warden asrama tersebut memberitahu bahawa beberapa pelajar memaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu sebelum mereka menjalankan pembersihan bagi memastikan kebakaran tidak merebak

"Pelajar menyembur air pada bantal berkenaan sebelum membersihkan keseluruhan asrama.

"Bagaimanapun, mungkin bara pada bantal itu terkena bahagian lain tanpa disedari dan terbakar secara perlahan-lahan kerana antara tengah hari hingga jam 8 malam, tidak ada tanda asap atau kesan bakar," katanya.

bharian.com.my
Image via BH Online

Bagaimanapun dia bersyukur kerana kebakaran itu tidak membabitkan kecederaan.

Mohd Khairul berkata, pusat tahfiz sudah dilawati Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) susulan kebakaran di sebuah sekolah tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur yang meragut nyawa 23 pelajar serta gurunya bulan lalu.

Katanya, pengurusan akademi tahfiz itu sudah menyediakan alat pemadam api dan membuat pengubahsuaian terhadap tangga kecemasan seperti disarankan jabatan berkenaan

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya telahg menggerakkan 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta sebuah ambulans Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.

Beliau berkata, anggotanya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain premis terbabit sebelum memadamkannya.

Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bilik asrama berkeluasan 83 meter persegi itu musnah dalam kebakaran terbabit dan punca kebakaran masih disiasat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini: