seismik

Suspek Bakar Tahfiz Pernah Kencing Atas Bendera, Lempar Najis, Dan Pukul Orang Sampai Mati

Kumpulan remaja terbabit memang banyak timbulkan masalah.

Cover image via SAYS via BERNAMA

Tujuh suspek yang ditahan dalam kes kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah didakwa pernah terlibat dalam beberapa kes tidak bermoral sebelum ini

Enam daripada tujuh suspek yang ditahan polis.

Image via Facebook

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penduduk, kumpulan remaja yang ditahan itu memang sudah lama membuat onar di kawasan setempat. Penduduk Datuk Keramat juga dikatakan sudah lama menahan rasa geram terhadap mereka.

Perbuatan mereka selama ini telah banyak menimbulkan kemarahan penduduk termasuk mencalarkan kereta dan melempar najis.

Selain itu, salah seorang daripada mereka juga pernah kencing atas Jalur Gemilang bulan lalu dan dibelasah oleh penduduk

Maklumat ini disahkan oleh seorang suri rumah yang dikenali sebagai Mah, 60.

Beliau berkata kumpulan remaja itu juga “pantang ditegur” atas pelbagai perbuatan jahat dan mereka akan membalasnya dengan mencalarkan kereta penduduk.

"Banyak perbuatan dilakukan budak jahat itu yang membuat orang ramai marah. Pantang ditegur mesti ada kereta penduduk calar.

"Malah, ada satu kejadian yang akan diingati penduduk iaitu sekumpulan remaja ini sanggup melempar najis ke kereta orang," katanya kepada Harian Metro.

Manakala Adnan, 57, bekas pengawal keselamatan Taman Tasik Datuk Keramat terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan dengan perangai buruk kumpulan remaja berkenaan

Image via bharian.com.my

Adnan berkata mereka sering berada di kawasan taman pada lewat malam sehingga jam 4 pagi untuk melakukan perkara tidak berfaedah.

"Apabila saya datang untuk mengusir mereka dari kawasan taman, mereka menyorok atau lari, selepas itu mereka muncul semula untuk menghisap gam atau ganja.

"Sudah banyak kali saya dipermainkan oleh mereka,” katanya.

Paling buruk, seorang suspek yang dikenali sebagai Mamat pernah terlibat dalam kes pukul sampai mati sebelum ini

Seorang lagi penduduk, Fairus, 32, berkata sebelum ini Mamat pernah memukul seorang remaja lain menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, pelajar tahfiz yang pernah mengambil gambar dan merakam video mereka menghisap ganja turut diugut supaya memadamnya.

"Mereka (pelajar) diugut supaya memadam gambar dan video itu, jika tidak mereka akan menerima nasib buruk sama seperti mangsa yang pernah dipukul oleh Mamat," ujar Fairus.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Laporan penuh ada DI SINI:

You may be interested in: