seismik

Pelajar Dakwa Suspek Lawat Tempat Kejadian Dan Pura-Pura Tak Tahu Apa Yang Terjadi

Langsung tak ada rasa bersalah!

Cover image via SAYS via Berita Harian

Seorang pelajar tahfiz yang terselamat daripada kebakaran minggu lepas membongkarkan sesuatu yang mengejutkan ramai pihak

Seorang pelajar tahfiz yang tidak dinamakan memberitahu bahawa salah seorang suspek telah datang ke lokasi kejadian beberapa jam selepas kebakaran tanpa langsung rasa bersalah.

Malah, suspek itu sempat berbual dan berpura-pura seperti tidak mengetahui apa-apa. Lakonan mantap itu ternyata tidak dapat dihidu dan berjaya mengaburi mata semua orang yang berada di situ.

Pelajar tahfiz terbabit mengakui tidak mengesyaki apa-apa kerana suspek itu memberi reaksi seperti orang ramai yang datang menyaksikan kejadian

Suspek tertanya-tanya mengenai apa yang sedang berlaku dan tidak sedikit pun menunjukkan rasa serba bersalah atas kesan khianat yang telah mereka lakukan yang meragut nyawa 23 penghuni pusat tahfiz.

"Saya terjumpa dia (suspek) jam 8 pagi hari kejadian.

"Dia datang dekat saya dan tanya macam mana boleh jadi macam ni. Masa tu saya tidak syak apa-apa sampailah dapat tahu dia salah seorang yang ditahan polis," katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

"Suspek macam ini yang kita nak lindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001?" soal netizen.

Masing-masing terkejut dan merasakan gantung sampai mati adalah hukuman yang paling setimpal buat mereka.

Image via Harian Metro
Image via Harian Metro

Dalam pada itu, pelajar tersebut bersyukur kerana terselamat kerana kebetulan pulang ke rumah keluarganya sehari sebelum kejadian

"Saya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh ibu yang memaklumkan pusat tahfiz terbakar.

"Saya ingat ibu bergurau tetapi sebaik mengetahui kejadian itu, saya dan bapa terus ke lokasi.

"Sebaik tiba, saya dapati asrama pusat tahfiz sudah musnah. Saya tak sangka akan kehilangan ramai kawan dan ustaz (warden)," katanya lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi DI SINI:

You may be interested in: