Azizan Komited Berbakti Dengan Akademik, Berjaya Bimbing 114 Usahawan Jana RM2.6 bilion
Datuk Wira Dr. Azizan Osman kini telah dilantik sebagai profesor di Innovative University College (IUC) berkuat kuasa pada 15 Disember 2024.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terus meluaskan empayar dalam dunia perusahaan, mentor usahawan terkenal negara, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mendapat pengiktirafan dalam dunia akademik selepas menerima pelantikan sebagai profesor di Innovative University College (IUC) berkuat kuasa pada 15 Disember
Menganggap ia satu amanah besar yang harus dipikul, Azizan komited untuk menyumbang secara formal dalam dunia akademik.
"Alhamdulillah saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik bagi menyumbang kembali kepada pelajar-pelajar dan IUC agar terus maju ke hadapan.
“Saya yakin dapat memberikan sumbangan kepada IUC berdasarkan pengalaman dan pendidikan yang ada, terutamanya dalam bidang keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, penjenamaan, pemasaran dan model perniagaan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Selain Azizan, Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana dan Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd. pula dilantik sebagai Profesor Adjung di IUC bagi berkongsikan kepakaran dan pengalaman mereka dalam menguruskan organisasi dan perniagaan kepada pelajar-pelajar.
Azizan menerusi RichWorks turut berkongsi kejayaan luar biasa usahawan dibawah pimpinannya apabila terus menunjukkan momentum peningkatan pesat walaupun dalam keadaan ekonomi yang suram.
Jumlah jualan keseluruhan perniagaan dalam bimbingan Titanium meningkat dari RM2.3 bilion pada 2023 kepada RM2.6 bilion pada tahun ini
"Sebanyak 114 perniagaan di bawah bimbingan RichWorks, termasuk PTTI, LaFleur Beauty, Him Wellness, Destina1, The Raw dan Efferty mengalami pertumbuhan antara 6 peratus hingga 2,368 peratus pada tahun ini berbanding 2023.
"Manakala lebih 50 perniagaan berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta setahun hingga RM500 juta setahun," kongsinya yang baru sahaja selesai membimbing secara intensif sekitar 200 usahawan jutawan RichWorks dalam Inner Circle Meeting (ICM) di Kuching bermula Selasa lalu.
Menerusi program Bina SME, mentor terkenal ini turut mendapati kebanyakan pemilik bisnes menghadapi cabaran dengan jualan yang tidak meningkat atau menurun. Namun, dia menekankan bahawa dengan persediaan yang betul, usahawan mampu mencapai pertumbuhan.
"Sebenarnya, pelbagai faktor yang menyebabkan mereka berdepan situasi itu. Namun, dengan persediaan betul, seseorang usahawan itu mampu menyaksikan pertumbuhan satu hingga empat digit," jelas Azizan.
Meramalkan tahun 2025 akan lebih mencabar bagi pemilik perniagaan, dia yakin mampu membantu usahawan menghadapi cabaran di mana RichWorks merancang untuk meneruskan jelajah Bina SME di lebih banyak lokasi seluruh Malaysia.
"Saya boleh katakan 2025 umpama letusan gunung berapi berbanding pasir jerlus yang berlaku tahun ini. Tanpa persediaan dan tindakan yang tepat, perniagaan mungkin sukar bertahan atau bahkan gagal.
"Kami akan melancarkan Bina SME 2025, kesinambungan program lalu untuk usahawan terpilih yang akan bermula awal tahun depan," tambahnya lagi.
Usahawan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web binasme2025.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!