'Baby Steps' Hanis Zalikha Kini Jadi Kenyataan. Alhamdulillah!
"It's months away from the wedding but why am I so emotional."
Berita Baik! Pelakon dan 'Blogger' terkenal, Hanis Zalikha kini berhijab
Ya, benar. Hanis Zalikha kongsikan berita baik ini di Instagram miliknya. Ini apa yang beliau tulis:
"Dah lama dah practice. Baby steps bila keluar dengan family, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan kawan, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan dia, dapat pakai tudung so happy.
Malah terserempak fans got me blushing. Mama Daddy dah lama doa dan hint2. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik. Saya dibesarkan dengan kesabaran dah kasih sayang. Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka rasa telah selesai didik saya.
Terasa sebak sebab inilah dua orang pertama dalam dunia yang telah saya cintai terdahulu sebelum sesiapa. I love you Mama Daddy. It's months away from the wedding but why am I so emotional. Allah Humma Yassir Walaa Tua'sir."
Berita ini telah dikongsikan dahulu oleh pasangannya, Hairul Azreen semalam di Instagram dengan 'caption', "Wanita Hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah"
Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen telah menggegarkan dunia hiburan dengan adegan lamarannya terhadap Hanis Zalikha di pentas akhir Gegar Vaganza
Pelakon Hairul Azreen membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri.
Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu 'Marry Me', nyanyian asal Bruno Mars.
Pasangan merpati dua sejoli ini turut berkongsi gambar-gambar 'Pre-Wedding' yang diambil di 'City of Love' Paris kepada para peminat mereka. Sweet kan?
Romantik sungguh! Apa-apa pun, kami di SAYS mendoakan Hanis Zalikha agar terus istiqamah dalam mencari keredhaan Ilahi, dan semoga pasangan ini selamat diijab kabulkan dan kekal sehingga ke akhir hayat.