seismik

#Bajet2023: Bantuan One-Off RM2,500 Untuk Isi Rumah 5 Orang Anak Atau Lebih

Alhamdulillah.

Cover image via Buletin TV3

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan hari ini mengumumkan jumlah bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Beliau menambah, bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

Manakala, RM1,000 sehingga RM2,000 bagi pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah (1 hingga 4 orang anak).

"Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan," katanya.

Tahun 2023, bantuan tambahan RM500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Finansial

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel mengenai #Belanjawan2023 hanya di SAYS Seismik: