#Bajet2023: Kadar Cukai Pendapatan Individu Dikurangkan Sebanyak 2 Mata Peratusan
Good news!
Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu kepada rakyat Malaysia
Perkara itu dibentang di dewan rakyat sendiri oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata kadar pengurangan tersebut dikurangkan sebanyak 2 mata peratusan.
Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13% ke 11%. Manakala banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 turun daripada 21% ke 19%.
Pada masa yang sama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 ringgit dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250. Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!