seismik

#Bajet2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM500

Berita baik buat semua.

Cover image via RTM Klik & Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Malah, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Sebelum ini bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja. Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 ringgit. Tambah beliau, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.

Gambar sekadar haisan.

Image via The Malaysian Reserve

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: