Bakal Bebas Lepas 12 Tahun Penjara, Peguam Ini Imbas Semula Kes Rogol Paling Keji. Scary!
Rogol tetap salah perogol!
Ketika ini, isu membabitkan jenayah rogol hangat dan sibuk diperkatakan oleh netizen
Ramai yang 'berdebat' serta telah memberikan pandangan berbeza tentang perkara ini sehingga ia turut menjadi trending di Twitter beberapa hari lalu.
Majoritinya menganggap bahawa jenayah rogol sememangnya salah pelaku itu sendiri, namun tidak kurang ada juga yang berpandangan bahawa perilaku serta perbuatan wanita sendiri yang mendorong kepada perbuatan tidak bermoral itu.
Antaranya termasuklah menyalahkan pakaian yang dikenakan wanita, keterbukaan membuat hantaran gambar seperti selfie, penggunaan filter di media sosial dan banyak lagi.
Mungkin melihat kepada isu semasa yang sedang berlaku ketika ini, seorang peguam mengingatkan semula tentang satu kes rogol yang pernah berlaku 12 tahun lalu
Peguam yang dimaksudkan itu adalah Sir Kamarul. Baru sahaja memuat naik tweet itu menerusi laman Twitter miliknya @Kamarul14 semalam, perkongsian yang dibuat oleh peguam terkenal tersebut telah mendapat lebih daripada 15 ribu retweets dengan hampir 9 ribu tanda suka.
Kejadian rogol yang sangat dasyat dan menyedikan itu telah berlaku di Korea pada tahun 2008 lalu.
Namun apa yang menakutkan, pesalah yang bernama Cho Doo Soon itu bakal dibebaskan pada Disember ini selepas 12 tahun menjalani hukuman penjara.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Mangsa pada ketika itu hanya berumur 8 tahun dan telah dirogol dengan cara yang begitu kejam sekali!