Bangunan Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan Sebelum Hujung Tahun Ini
Untuk rekod, tragedi Highland Towers telah mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah Majistret Ampang minggu lalu membenarkan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk merobohkan bangunan Highland Towers yang terbiar
Menerusi laporan Harian Metro, keputusan mahkamah itu membolehkan kompleks kediaman Highland Towers yang lama terbiar di Hulu Klang dirobohkan sebelum akhir tahun ini.
Keputusan akhirnya diberikan selepas selama lebih tiga dekad struktur terbabit terbiar di kawasan berkenaan.
Menurut Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata pihak MPAJ kini dalam proses untuk menyelaraskan tindakan lanjut terutamanya kepada pihak yang akan menguruskan kerja-kerja perobohan.
"Kita akan anjurkan satu mesyuarat pelarasan membabitkan pihak pemilik unit yang diwakili oleh pihak pemaju dan insolvensi.
"Kita menjangkakan perkara ini tidak mengambil masa yang lama kerana semua dah jelas bahawa itulah matlamat yang diaturkan. Kita dalam tahun ini juga, proses perobohan itu akan berlaku," katanya.

Kerja pembersihan Blok 1 kondominium Highland Towers.
Image via NSTPTragedi yang mengorbankan 48 nyawa berlaku lebih 30 tahun yang lalu
Kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari, 11 Disember 1993 itu melibatkan Blok 1 kondominium runtuh selepas berlaku kegagalan cerun di kawasan belakang bangunan yang turut dikaitkan dengan hujan lebat berterusan, lapor Harian Metro.
Kesan daripada tragedi terbabit, penduduk di Blok 2 dan Blok 3 telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing atas faktor keselamatan.
Sejak daripada hari berkenaan, kedua-dua blok terbabit kini kekal tidak berpenghuni dan menjadi struktur terbiar yang menghantui kawasan tersebut selama lebih 30 tahun.
Peristiwa itu membawa kesan berlakunya pertikaian undang-undang yang berlarutan selama bertahun-tahun membabitkan pelbagai pihak termasuk penduduk, pemaju dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Struktur Blok 1 Highland Towers yang runtuh.
Image via NSTPLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via