Bapa Jual Rumah Bayar Hutang Anak Travel Seluruh Dunia, Dedah Tak Mampu Lagi Tolong

Kontraktor separa pesara itu juga menghantar wang kepada anak perempuannya yang melancong ke UK.

Enlarge text
Cover ImageCover image via China Press

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi kebanyakan ibu bapa, membantu anak-anak untuk mengharungi masa-masa sukar adalah perkara biasa

Tetapi selepas membelanjakan lebih daripada RM160,000 selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang anak perempuannya, seorang bapa di Selangor berkata dia telah mencapai hadnya.

Menerusi laporan China Press, kontraktor pembinaan separa pesara dari Batu 11, Cheras ini berkata dia memutuskan hubungan dengan anak perempuannya yang berusia 25 tahun selepas bertahun-tahun berulang kali membantu membayar balik hutang yang tertunggak kepada pemberi pinjaman.

Bercakap pada sidang akhbar bersama ketua Pemuda Sosialis DAP Selangor (DAPSY) Lee Boon Pin, bapa itu, yang dikenali sebagai Encik Lee, menggesa pemberi pinjaman wang haram untuk berhenti memberi pinjaman wang kepada anak perempuannya dan berkata dia tidak lagi akan bertanggungjawab atas sebarang hutang masa depan yang ditanggungnya.

"Jika ada lagi pemberi pinjaman datang untuk mengutip hutang, carilah peminjam itu sendiri," katanya.

SAYS.com
Image via China Press

Bapa tersebut mendakwa anak perempuannya mula terlibat dengan pinjaman ah long pada usia 21 tahun disebabkan oleh aktiviti perjudian dalam talian

Walaupun terdapat usaha untuk membantu memulihkan dari segi kewangan, dia berkata anak perempuannya terus meminjam daripada pelbagai sindiket pinjaman haram.

Menurutnya, keadaan menjadi begitu teruk sehingga dia terpaksa menjual rumahnya untuk membantu menyelesaikan hutang bernilai RM120,000 yang telah dikumpulkannya.

Dia berkata anak perempuannya telah menamatkan pengajian dari sekolah menengah antarabangsa tetapi masih menganggur. Kemudian, anak perempuannya menyatakan minat untuk melanjutkan pelajaran ke Qingdao, China, kemudiannya telah dtanggung oleh bapa itu dari segi kewangan sepanjang tempohnya di sana.

Walau bagaimanapun, selepas menghabiskan lebih daripada tiga tahun di China, dia berkata dia tidak pasti sama ada anak perempuannya benar-benar telah menamatkan pengajiannya.

Encik Lee berkata anak perempuannya kembali ke Malaysia sebentar sebelum Tahun Baru Cina tahun ini, kemudian berulang-alik antara China dan Malaysia.

Anak perempuannya itu turut ada memberitahunya keinginan untuk menyewa tempat di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan, yang dipersetujuinya dengan syarat dia berhenti meminjam daripada ah long.

Meskipun begitu, dia mendakwa anak perempuannya terus mengambil pinjaman daripada beberapa sindiket yang berbeza.

SAYS.com
Image via China Press

Pengutip hutang mula menghubungi bapa tersebut semula sekitar Februari tahun ini, memaksanya membayar caj tambahan RM40,000 hingga RM50,000 untuk menyelesaikan hutang bagi pihak anaknya

Encik Lee juga mendakwa bahawa anak perempuannya kemudiannya pergi ke UK, di mana dia terus menghantar wang kepadanya melalui e-wallet, berjumlah kira-kira RM10,000.

Selepas menerima panggilan selanjutnya daripada pemberi pinjaman wang haram sejak kebelakangan ini, dia buat keputusan untuk memutuskan hubungan secara terbuka dengan anak perempuannya dengan harapan ia akan mendorong untuk mengubah tingkah laku.

"Saya telah membantu membayar balik lebih RM160,000 hutang pemberi pinjaman wang haram secara keseluruhan, menyelesaikan jumlah pinjaman pokok. Saya berharap dapat menggunakan media untuk menggesa pemberi pinjaman wang haram supaya tidak lagi memberi pinjaman kepadanya, kerana saya sama sekali tidak akan membantunya membayarnya semula," katanya.

Sementara itu, Lee Boon Pin berkata beliau telah melihat peningkatan golongan muda yang meminjam wang daripada pemberi pinjaman wang haram.

Dengan Piala Dunia FIFA yang semakin hampir, beliau mengingatkan orang ramai untuk menjauhi pemberi pinjaman wang haram dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam hutang yang berkaitan dengan aktiviti perjudian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: