Baskin-Robbins Tawar Bufet Aiskrim Dengan Harga RM31 Sempena Bulan Julai Ini

Wajib cuba semua perisa!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baskin-Robbins' kembali lagi dengan bufet istimewa buat peminat aiskrim

Baskin-Robbins Malaysia kembali membawakan 31 Flavors Buffet, di mana anda boleh menikmati aiskrim makan sepuas hati dengan harga RM31 seorang untuk empat hari sahaja.

Bufet ini akan berlangsung dari 21 hingga 24 Julai, antara jam 6 petang hingga 9 malam, di cawangan Baskin-Robbins yang mengambil bahagian di seluruh negara (tidak termasuk KidZania).

Dengan harga RM31, anda akan menerima wristband yang memberi akses hidangan Baskin-Robbins' Fun Scoop tanpa had (dihidangkan dalam cawan atau kon) sepanjang sesi bufet

Dengan 31 perisa yang tersedia, anda boleh mencampur dan memadankan hidangan klasik seperti Mint Chocolate Chip dan Chocolate, atau mencuba kegemaran bermusim jika ada.

Perlu diingatkan anda perlu menghabiskan aiskrim yang diambil sebelum mendapatkan yang lain, kerana promosi ini terhad kepada satu ambilan pada satu masa.

SAYS.com
Image via Avenue K Shopping Mall

Terdapat beberapa terma yang perlu anda cakna

Setiap wristband sah untuk seorang dan satu hari sahaja, dan mesti dipakai sepanjang anda berada di lokasi. Perkongsian, bawa pulang dan menggabungkan promosi dengan diskaun atau baucar lain adalah tidak dibenarkan.

Pembelian terakhir adalah pada jam 9 malam, walaupun pengunjung boleh kekal berada di kedai sehingga jam 10 malam. Perisa juga tertakluk pada ketersediaan, jadi perisa kegemaran anda mungkin habis bergantung pada permintaan.

Keluarga dengan anak kecil juga boleh memanfaatkan promosi ini, kerana kanak-kanak di bawah umur 5 tahun boleh makan secara percuma apabila ditemani oleh orang dewasa atau penjaga yang membayar.

SAYS.com
Image via Sunway Velocity Mall

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: