seismik

Bayaran BPN 2.0 Untuk Golongan B40 & M40 Telah Dikreditkan Mulai Hari Ini

Perhatian, rakyat Malaysia! Semak akaun bank anda sekarang.

Cover image via Berita Harian

Hari ini tular di media sosial Twitter mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah dikreditkan dalam akaun bank sebahagian rakyat Malaysia

Umum sedia maklum, bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang, secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Tinjauan SAYS Seismik sendiri juga mendapati setakat ini, hanya pengguna bank CIMB sahaja yang menerima bantuan tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Mereka yang telah menerima pembayaran BPN pertama pada bulan April lalu, akan menerima BPN 2.0 ini secara automatik dan akan dikreditkan akaun masing-masing secara berperingkat.

Begitupun, jika anda tidak menerima pembayaran pertama dan tidak layak menerima BPN, berikut adalah panduan cara memohon BPN 2.0.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen di Twitter memaklumkan mereka sudah pun menerima bantuan BPN 2.0 hari ini

Ada juga yang mendakwa telah menerima bayaran itu sejak beberapa hari yang lalu, rata-rata mereka juga meluahkan rasa terharu dan gembira kerana sudah mendapatkannya.

Berikut di bawah antara komen daripada netizen mengenai pembayaran BPN 2.0 ketika ini:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: