seismik

[GAMBAR] Beg ‘Kopi Bungkus’ Ini Memang Sebiji Sama Macam Kopi Yang Kita ‘Order’ Kat Mamak

Nak satu!

Cover image via wheniwasfour_sg

Anda dah bosan dengan design beg tote yang sedia ada? Mahukan sesuatu yang nampak ringkas tapi lain dari yang lain?

Nampak sama tapi bukan dia. Haha.

Image via Wheniwasfour

'Kopi Dabao Bag' adalah jawapannya!

Beg yang diinspirasikan dari minuman kegemaran yang selalu kita order di kedai mamak ni memang lain dari yang lain.

Sekali pandang memang serupa macam kopi bungkus versi gergasi.

Image via Wheniwasfour

Beg yang diperbuat daripada plastik jenis PVC telus cahaya serta bercorak seakan-akan plastik yang berisi air kopi ini bersaiz 32cm lebar x 42cm tinggi x 110cm panjang, termasuk tangkainya.

Lebih istimewa, beg ‘kopi bungkus’ ini mempunyai tangkai atau tali gantung yang direka menyerupai tali rafia. Tali beg ini pula boleh didapati dalam dua warna iaitu merah dan juga hijau yang boleh ditukar mengikut citarasa anda.

Memang nampak macam kopi bungkus yang kita order kan? Menarik!

Sama!

Image via Wheniwasfour

Image via Wheniwasfour

Cuba bayangkan kalau anda minum kopi bungkus sambil pakai beg tote 'kopi bungkus' ni. Mesti orang toleh dua tiga kali. Hehe. :P

Image via Wheniwasfour

Kalau nak tahu, beg tote ala 'kopi bungkus' ini merupakan produk terbaru dari jenama Wheniwasfour iaitu pereka kreatif di Singapura. Mereka sememangnya terkenal dengan design produk yang unik dan antara salah satu produk mereka ialah pengikat rambut versi 'gula-gula arnab'.

Image via Wheniwasfour

'Kopi Dabao Bag' ini dijual dengan harga $19.90 atau RM62 dalam matawang Malaysia. Anda boleh dapatkannya secara dalam talian atau boleh terus pergi sendiri ke kedai mereka yang terletak di 261 Waterloo Street, 180261, Singapura (berdekatan dengan stesen MRT Bugis).

Maklumat tambahan: Wheniwasfour tutup pada setiap hari Isnin.

Berikut adalah waktu operasi kedai:
Selasa – Jumaat, 12pm – 7.30pm
Sabtu, 12.30pm – 6.30pm
Ahad, 12.30pm – 5.30pm

Apa tunggu lagi, jomlah kita order 'kopi bungkus' ni!

Image via topyaps.com

Atau kita patut tunggu versi 'kopi ikat tepi'? Hehe.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kat Thailand pula ada bantal hantu bungkus, bantal cicak, dan bantal lipas:

You may be interested in: