#Belanjawan2027: Kerajaan Tawar Rebat NUR MADANI RM200 Beli ‘Aircond’ & Peti Sejuk Cekap Tenaga
Anwar turut mengumumkan galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030.
Cover image via Berita RTMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri rebat diberikan menerusi NUR MADANI
Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2027 hari ini, rebat hingga 200 ringgit diberikan kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.
Anwar turut mengumumkan galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari.
"Syarikat yang menjalankan projek teknologi hijau dan lestari dan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.
"Syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus," katanya.
Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!


