Dua Robot Gagal Bekerja Di Kedai Serbaneka, Hilang Minat Kerja & Kantoi Curi Tulang

Siapa sangka dua robot merasai kesusahan bekerja di kedai serbaneka.

Cover ImageCover image via @AGIBOTofficial (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Enam robot humanoid telah diuji untuk bekerja di satu kedai serbaneka di China

Jika anda pernah menonton filem sains fiksyen, manusia telah digantikan oleh robot untuk kerja-kerja sebegini. Tapi para jurutera robot setakat ini masih lagi mencuba untuk memastikan robot mampu melepasi tahap etika kerja manusia.

Walaupun sudah ada beberapa robot digunakan untuk pelbagai industri tetapi pasti saja akan ada masalah yang muncul.

Semua enam robot itu telah diberi tugasan masing-masing untuk bekerja di dalam satu kedai serbaneka selama 24 jam.

Dilaporkan oleh TechSpot, dua daripada enam robot yang bekerja itu telah gagal menyelesaikan tugasan mereka.

SAYS.com
Image via Dexerto

Dua robot itu dijumpai mencuri tulang tidak mampu menghabiskan tugasan

Robot Agibot G2 telah dipasarkan sebagai robot yang tidak akan 'clock out'.

Empat daripada enam robot itu telah berjaya menyiapkan 2,000 tugasan tetapi dua robot lagi tidak mahu bekerja.

SAYS.com
Image via @AGIBOTofficial (X)

Satu daripada robot itu diberikan tugasan untuk mencuci kedai itu tetapi mencuri tulang kerana mempunyai masalah dengan satu tong sampah.

SAYS.com
Image via @AGIBOTofficial (X)

Manakala robot kedua, ditugaskan untuk memeriksa stok barangan di rak barang tetapi tidak mahu meneruskan kerja itu kerana hilang minat untuk bekerja. Robot itu juga tidak mampu mengikut rentak kerja yang efisyen.

Kedua-dua robot itu kini di dalam fasa pemerhatian supaya mereka boleh menjadi "staf sepenuh masa".

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS