Hati-Hati Ibu Bapa, Mainan Popular ‘Squishy Dumpling’ Ditarik Balik Ada Racun Toksik

Ibu bapa sila waspada dengan mainan squishy anak-anak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Jiggly Piggly & Snopes

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mainan 'squishy' atau mainan lembut pelepas stres kini menjadi trend terbaru buat ramai kanak-kanak di Malaysia bermain

Dahulunya Labubu sebagai hobi mahal tetapi kini telah bertukar kepada pelbagai jenis squishy terutamanya squishy yang berbentuk ladu atau dikenali sebagai Squeezy Dumplings.

Trend ini sebenarnya telah bermula di Amerika Syarikat beberapa bulan lepas sehingga ramai orang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mendapatkan squishy yang dikatakan agak sukar untuk dijumpai.

Menurut laporan daripada BBC, ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa semua mainan squishy milik anak-anak terutamanya jenis ladu ini yang berkemungkinan besar mempunyai bahan toksik yang tinggi.

Difahamkan, kewujudan bahan kimia tidak selamat ini hanya ada pada produk squishy palsu bukannya produk asal.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via @momofdoubleae_azr / Threads

Bukan itu sahaja mainan ini adalah tidak selamat untuk anak-anak kecil kerana berpotensi untuk membuat anak tercekik.

Produk yang tengah hangat di pasaran seperti NeeDoh juga semakin banyak dibeli sehingga kehabisan stok. Ramai dinasihatkan untuk membeli produk-produk sebegini melalui saluran yang betul dan sah.

SAYS.com
Image via Nozig

Sesetengah produk disyaki mempunyai bahan toksik benzene

Baru-baru ini kerajaan United Kingdom telah menarik balik produk ini kerana mempunyai kandungan benzene yang sangat tinggi.

Jika terdedah kepada benzene, ia boleh menyebabkan keradangan mata, hidung dan tekak. Terdedah kepada kuantiti yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan kepada bahagian saluran penghadaman dan kerengsaan kulit.

SAYS.com
Image via OPSS Product Safety Alerts / United Kingdom

Ibu bapa dinasihatkan untuk menjauhi produk-produk ini daripada kanak-kanak terutamanya jika anda tidak dapat mengesahkan keselamatan squishy ini.

Squishy boleh datang dalam pelbagai bentuk dan jenama dari bentuk ladu, haiwan comel, makanan, bentuk kiub, dan pelbagai lagi jenis yang lain.

SAYS.com
Image via BBC

Orang ramai di media sosial juga semakin sedar akan trend terbaru ini di mana banyak permainan squishy telah tersebar dan dijual secara meluas sehingga ke depan pintu sekolah anak-anak.

Sekali lagi, ibu bapa di Malaysia perlu peka dan lebih berhati-hati dengan produk permainan yang dibeli untuk anak-anak dengan melihat label, kesahihan produk dan keselamatannya untuk anak-anak.

Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi kenyataan rasmi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengenai perkara ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: