Kakitangan Sekolah Buntu, Monyet Liar Semakin Agresif Rosakkan Pelbagai Harta Benda
Difahamkan, pelbagai aduan dan cara telah dibuat untuk mengekang monyet-monyet ini.
Cover image via @m4izurah (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu gangguan monyet di sebuah sekolah kini telah menjadi satu kebimbangan besar
Hidupan liar ini semakin berani dan tidak lagi takut dengan pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghalau.
Perkara ini diluahkan oleh @m4izurah di Threads mengenai masalah yang telah dihadapi oleh sekolahnya akibat monyet liar. Haiwan itu juga telah bertindak agresif menyerang, melarikan harta benda, pakaian dan barangan milik pelajar.
Pengadu yang merupakan kakitangan sekolah itu telah buntu dan tidak tahu apa lagi perkara yang perlu dibuat sehingga ia mencetuskan tekanan emosi.
"Tolonglah cadangkan apa lagi penyelesaian yang boleh buat untuk isu ni. Pihak berwajib? Dah pernah lapor perhilitan tapi sama je. Sumpah aku burnout, anxiety & panic attack bila dia start ancam," katanya di Threads.
Dia sendiri mendakwa pernah menjadi mangsa serangan monyet sehingga terjatuh dari bukit setinggi 4 meter dan diberi cuti sakit selama seminggu. Kejadian itu berlaku ketika dia mahu clock in untuk mula bekerja.

Pelbagai aduan dan cara telah dibuat untuk mengekang monyet-monyet ini
Maizurah juga memberitu sudah banyak aduan telah dibuat kepada Jabatan PERHILITAN tetapi masalah ini tidak selesai dan tetap berlaku.
Malah penggunaan mercun juga digunakan tetapi haiwan liar itu tidak takut. Difahamkan, mercun juga tidak dapat digunakan selalu kerana sekolah itu berada di dalam kawasan taman perumahan dan boleh mengganggu mereka.

Lastik juga telah digunakan tetapi monyet itu tidak takut malah sebaliknya cuba menyerang balik.
Patung juga telah digunakan untuk menakutkan monyet tetapi dibawa lari. Malah barangan seperti baju dan alatan mandi pelajar juga habis dibawa lari atau dirosakkan.
Beg juga antara barangan yang telah diselongkar sehingga dompet, kad pengenalan, kad bank dan duit hilang.
Dalam video lain yang dikongsikan, monyet-monyet itu berkeliaran di perkarangan sekolah tanpa rasa takut.

Menurut Maizurah, laporan sudah dibuat kepada sekolah tetapi masih belum ada maklum balas lagi buat masa ini. Makluman juga telah dibuat kepada syarikat kerja berkenaan hal ini dan surat akan diusulkan.
Keselamatan sendiri juga kini terancam dan tidak mengejutkan jika monyet-monyet itu bertindak menyerang pelajar pula.

Dalam pada itu, di ruangan komen juga netizen meluahkan perkara yang sama berlaku kepada mereka.
Ramai meluahkan komen mengenai kelewatan pihak berkuasa dalam membantu. Jika dibantu, masalah itu tetap akan berlaku dan tidak diselesaikan.
Ada juga orang yang berkongsi gambar monyet yang telah masuk ke dalam rumah mereka dan merosakkan habis harta benda.
Semoga pihak berkaitan dapat menyelesaikan isu ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


