Kerajaan Tarik Balik Rayuan Batalkan Nikotin Cecair Dari Senarai Racun Berjadual

Rayuan difailkan atas tindakan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin cecair dari senarai racun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan tindakan mengeluarkan nikotin cecair dari senarai racun berjadual

Menurut laporan daripada Code Blue, Peguam Kanan Persekutuan daripada Jabatan Peguam Negara mengemukakan notis pemberhentian rayuan itu di Mahkamah Rayuan semalam.

Notis berkenaan menyatakan Menteri Kesihatan dan kerajaan mahu menarik balik dan menghentikan rayuan terhadap responden, tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dan kerajaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mei lepas dimana tindakan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin cecair yang digunakan dalam produk vape dan rokok elektronik daripada senarai raun adalah tidak rasional dan dibuat tanpa berunding dengan sewajarnya bersama-sama Lembaga Racun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Sebelum ini nikotin cecair telah diputuskan untuk dikeluarkan dari senarai racun

Hakim Datuk Aliza Sulaiman telah membenarkan permohonan semakan kehakiman tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utnuk membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 yang mengecualikan cecair dan gel vape daripada Senarai Racun.

Keputusan ini didapati ultra vires (bertentangan) dengan Seksyen 6 Akta Racun 1952. Ini adalah keputusan selepas pengeluaran nikotin cecair yang digunakan dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via New Straits Times

Menurut laporan dari Harian Metro, pada 14 Oktober 2023, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Malaysian Green Lung (MGLA) dan Voice of the Children (VOC) telah mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Menteri Kesihatan dan kerajaan sebagai respoden pertama dan kedua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via

You may be interested in: