Kes Bakar Suar Di Bukit Bintang, 15 Ditahan Seorang Dibayar RM50 Hingga RM700 – Polis

Aksi berbahaya ini dibuat untuk mempromosikan sebuah kedai menjual pakaian bersempena ulang tahun ke-6.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro / Raihana Mansor & Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis telah menahan 15 individu setelah cubaan berbahaya mereka membakar suar, memandu dengan melulu bersama-sama motosikal 'scrambler' di Bukit Bintang

Menurut laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengatakan kejadian berlaku kira-kira 2 pagi dan dikesan menerusi satu video tular di media sosial.

Dalam video tersebut, beberapa individu menaiki sebuah Ford Raptor dan dua motosikal 'scrambler' melakukan aksi berbahaya itu. Tindakan kumpulan ini telah mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan pengunjung, peniaga dan pelancong di kawasan Bukit Bintang.

"Kira-kira tujuh hingga lapan individu dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan sebuah Toyota Hilux, dua motosikal scrambler dipercayai motosikal elektrik dikesan dalam video berkenaan," katanya.

SAYS.com
Image via Threads

Lapan individu diberi upah untuk melakonkan gimik aksi berbahaya

Pemilik kedai lelaki berusia 24 tahun juga antara yang ditahan bersama pekerja kedainya.

"Pemilik kedai pakaian, lelaki berusia 24 tahun turut ditahan bersama pekerja kedai dan beberapa individu lain yang dibayar bagi melakonkan aksi berkenaan.

"Siasatan mendapati, seramai lapan individu diupah untuk melakonkan aksi terbabit dengan kadar bayaran antara RM50 hingga RM700 bagi menjayakan aksi itu"
kata beliau lagi.

Seorang wanita berusia 24 tahun yang ditahan adalah pekerja kedai dan siasatan menunjukkan dia menjadi penyelaras rakaman video aksi berkenaan.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Raihana Mansor

Sazalee mengatakan, polis turut merampas sebuah Ford Raptor dan dua motosikal 'scrambler' yang telah digunakan dalam aksi tersebut.

SAYS.com
Image via New Straits Times / Raihana Mansor

Ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah dan siasatan lanjut dijalankan.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: