Kerajaan Pertimbang Perkenal Cukai Baharu Melalui Gabungan Sistem SST & GST
Difahamkan, model yang dicadangkan akan mengekalkan asas SST dengan beberapa ciri GST.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan terbuka dalam melaksanakan kajian terbaru menggabungkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
Gabungan ini adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara supaya lebih progresif.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kerajaan bagaimanapun akan mengekalkan SST sebagai asas sistem percukaian dan akan menerima beberapa ciri GST yang lebih sesuai bagi mewujudkan sistem percukaian lebih baik.
"Mengenai GST, SST kita terbuka untuk kaji, untuk perbaiki sistem percukaian tapi kalau nak bercakap pasal GST sahaja, saya punya kebimbangan, seperti yang saya lahirkan berulang kali, ini nak cukai rakyat.
"Maknanya orang yang tak pernah bayar cukai, mesti bayar. Mana kita nak jawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup, beban rakyat. Sebab itu kita guna pangkal SST tetapi kalau ada beberapa penyesuaian, boleh kita lakukan," kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Image via NSTPKerajaan tidak akan tolak kemungkinan adaptasi ciri-ciri GST
Seperti yang telah diberitahu, SST masih akan menjadi pangkalnya dan beberapa ciri GST akan diambil jika ia bersesuaian dengan pencukaian sedia ada.
"Saya dah sebut tadi, pangkalnya masih SST tetapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita terima, kita terima.
"Tapi saya tidak mahu tolak ansur satu hal. Saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh, seperti mana pangkal pandangan dalam GST, GST itu 'broad-based tax', kita cukai semua rakyat. Saya tak setuju," katanya.

Kerajaan tidak mahu memperkenalkan cukai yang menyeluruh dan perlunya wujud cukai yang lebih efisien.
Bagaimana sistem cukai hibrid ini akan berlaku?
Cukai baharu ini berkemungkinan menggunakan mekanisme 'kredit cukai imput' (ITC) khusus untuk sektor-sektor tertentu.
Menurut laporan New Straits Times, menurut pakar-pakar cukai, di bawah sistem SST sekarang, ada masanya peniaga terpaksa menanggung cukai tersembunyi yang tidak boleh dituntut semula.

Perkara ini mewujudkan cukai yang tertindih, di mana cukai dikenakan ke atas cukai yang lain.
Dengan mekanisme baharu ini, kekurangan sistem dapat dikurangkan tanpa perlu kembali kepada sistem GST terdahulu.
GST telah diperkenalkan di Malaysia pada April 2015 dengan pencukaian 6% dan dimansuhkan tiga tahun selepas itu pada 1 September 2018 seiring dengan manifesto Pakatan Harapan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via