Lelaki Malaysia Tak Pandai Jadi ‘Scammer’ Dipecat Lepas 3 Hari, Kena Tangkap Di Singapura

Dia kemudiannya ditangkap di Singapura ketika bekerja sebagai 'rider'.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selalu sudah kita mendengar cerita orang menjadi mangsa sindiket penipuan, tetapi kali ini cerita dari seorang bekas pekerja sindiket penipuan

Dilaporkan oleh Channel News Asia, seorang warganegara Malaysia, Yip Chee Min, 30 tahun, menceritakan kisah mahu menjadi seorang 'scammer' tetapi dia tidak mempunyai kebolehan untuk menjadi penipu di sindiket penipuan.

Difahamkan, Yip telah ditawarkan gaji yang tinggi sehingga RM40,000 sebulan dan telah berkenalan dengan seorang lelaki yang digelar 'Jason' di Kuala Lumpur dan ditawarkan posisi di satu sindiket di Kemboja yang bertujuan untuk menipu 'pelanggan' dari Singapura.

Yip dan Jason terbang ke Kemboja dan menjadi salah seorang dari 32 operator sindiket di dalam satu bilik kedap bunyi.

Namun, semuanya indah khabar dari rupa apabila gaji yang ditawarkan hanya RM7,300, jauh berbeza dengan RM40,000 yang dikatakan. Komisen 1% daripada hasil kutipan mangsa juga diberikan tetapi dalam bentuk kripto.

SAYS.com
Image via Singapore Police Force / Straits Times

Prestasi tidak memberangsangkan, selepas tiga hari terus dipecat

Setelah selesai sesi taklimat, Yip telah diberikan arahan operasi menyasarkan orang Singapura berserta sebuah iPhone 6, skrip khas, dan senarai mangsa warganegara Singapura.

Tetapi selepas tiga hari bekerja, walaupun sudah berusaha utnuk menipu, Yip gagal mendapatkan satu mangsa pun. Kecewa dengan prestasi Yip, dia akhirnya dipecat dan dihantar ke Malaysia selepas tiga hari bekerja.

SAYS.com
Image via CNA

Yip selepas itu cuba mencari rezeki halal dan mulai Februari 2025, dia bekerja sebagai penghantar makanan di Singapura dengan gaji sekitar SGD2,300 (RM7,200) sebulan.

Tetapi hanya kerana dia pernah bekerja di sindiket penipuan itu walaupun tiga hari, dia telah ditangkap oleh penguat kuasa Singapura pada 9 September tahun 2025. Dia telah dibicarakan bersalah dan dipenjarakan selama 13.8 bulan.

Peguam mengakui walaupun Yip tidak berjaya membuat satu panggilan scam, dia hanya menjadi ahli sindiket untuk tempoh tiga hari sahaja dan tidak dibayar satu sen pun.

SAYS.com

Gambar janaan AI

"Keputusan untuk menyertai sindiket itu adalah sesuatu yang disengajakan dan bermotivasikan wang. Tertuduh dipecat kerana dia melakukan panggilan scam dengan yakin walaupun sudah berusaha sedaya upaya, dan dia berhenti kerana rasa menyesal," kata hakim.

Yip akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan dan dua minggu selepas mengaku bersalah di bawah Akta Jenayah Terancang Singapura.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: