Mampu Kumpul RM300 Sehari, Pengemis Dedah Dapat Hasil Pendapatan Lumayan
Banyaknya duit dia dapat sebulan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula RM200 hingga RM300 sehari, inilah jumlah yang seorang pengemis di Kota Bharu mampu dapatkan
Menurut laporan daripada Harian Metro, jumlah ini hanya diperoleh oleh seorang pengemis di bandar itu. Wang itu digunakan untuk kehidupan seharian dari perbelanjaan harian sehingga cukup untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan banknya.
Pengemis yang dikenali sebagai Pak Mat, 70, mengatakan dia hidup seperti gelandangan di Kota Bharu demi aktiviti mengemis dan dia baru sahaja memulakan kehidupan ini beberapa bulan yang lalu.
Walaupun masih menetap bersama sepupunya di Bukit Marak, tetapi Pak Mat akan berada di pusat bandar setiap hari malah tidur di wakaf atau masjid untuk mendapatkan wang daripada orang ramai.
"Setiap hari saya mampu memperoleh antara RM200 hingga RM300 sehari dan biasanya saya akan terus memasukkannya ke dalam bank.
"Saya merayau sekitar pusat bandar dan meminta wang dari orang ramai, biasanya mereka beri RM1 saja tapi kalau dapat banyak (wang), boleh cecah hingga RM300 sehari," katanya.

Seorang lagi pengemis sanggup ditangkap kerana hidup sebatang kara
Terdapat seorang lagi pengemis wanita yang sanggup ditahan pihak berkuasa kerana dia hanya hidup sebatang kara.
"Saya hanya mengemis sekadar untuk kelangsungan hidup saja." kata wanita yang berusia 68 tahun dari Takbhai, Thailand.

Menurutnya, suami dan anaknya sudah meninggal dunia jadi dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke Takbhai kerana tak ada sesiapa lagi.
"Saya sanggup kena tangkap asalkan ada tempat tinggal dan di sini pun (Kota Bharu) saya menyewa sebuah bilik tapi nasib baik ada yang bersimpati dan saya hanya membayar bil air serta elektrik saja," tambahnya lagi.
Wanita tersebut kerap mengemis di hadapan sebuah bank di Jalan Padang Garong tetapi hanya berada di situ selepas waktu pejabat atau cuti hujung minggu sahaja.

Kedua-dua individu ini adalah antara lapan individu yang ditahan dalam Operasi Murni bersepadu yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via