“Seolah ‘Magnet’ Bagi Pelarian” – Menteri Luar Tegur UNHCR, Gesa Hormat Undang-Undang Negara
Difahamkan, Malaysia akan mempertimbangkan SOP baharu bersama UNCHR.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai negara yang berpegang teguh kepada nilai kemanusiaan, Malaysia sentiasa membuka pintu kepada mereka yang memerlukan
Tetapi, kelonggaran atas dasar belas ihsan ini tidak bermakna dasar perundangan negara boleh dikompromi begitu sahaja oleh mana-mana pihak untuk bertindak diluar kerangka undang-undang negara.
Menurut laporan daripada Berita Harian, teguran ini dibuat oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengatakan kerajaan perlu mempertimbangkan semula keberadaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Menurut beliau perkara ini wajar dan harus diberi perhatian serius.
Perkara yang disuarakan ini bukan menafikan atau menolak prinsip hak asasi dan kemanusiaan, tetapi memastikan organisasi antarabangsa yang beroperasi dalam negara menghormati kedaulatan undang-undang dan tulus dalam kerjasama dengan kerajaan.
Jika UNCHR gagal untuk memberikan kerjasama sewajarnya dalam pengurusan pelarian serta perkongsian maklumat dan penyelarasan dasar maka ia perlu dinilai semula.
"Kita mahu supaya ada kerjasama dan tapisan ketat dilakukan. Jika mereka tidak mahu bekerjasama, pada saya, sudah sampai masanya untuk kita menimbangkan semula keberadaan UNHCR di dalam negara supaya kita tidak terus terbeban," katanya.

UNHCR tidak boleh bertindak seolah-olah mempunyai kuasa autonomi
UNHCR sebagai organisasi antarabangsa, tidak boleh bertindak seperti mempunyai kuasa autonomi sehingga boleh mengganggu kerajaan dalam mengurus dan menangani isu keselamatan domestik dan imigresen.
Tambahan lagi, sebahagian pemilik kad UNHCR ini menyalah guna kad berkenaan seperti lesen untuk terus tinggal dan bermastautin dengan kebal seumur hidup sehingga beranak-pinak di Malaysia.
Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan sindiket pemerdagangan manusia mengeksploitasi Malaysia sebagai destinasi pilihan. Jika berlarutan hal ini boleh menjadikan rekod Malaysia dalam pengurusan pekerja dikaitkan dengan buruh paksa.

Menteri Luar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Image via BERNAMATambahan beliau, isu yang perlu ditangani ialah proses permohonan kad pelarian yang didakwa terlalu mudah sehingga membolehkan individu terlibat membuat permohonan terlebih dahulu tanpa perlu menjejak kaki di Malaysia.
"Sekarang ini tak ada SOP (Prosedur Operasi Standard), mereka bagi lepas buat dalam talian…dia di Myanmar, dia dah buat dalam talian, datang sini ambil kad terus. Jadi saringan kita tak ada, ini yang kita perlu uruskan," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via