Netizen Indonesia Pasrah Tonton Upin & Ipin Tayang Episod ‘Jerebu Bahaya’
Semoga jerebu hilang dan semuanya kembali pulih.
Cover image via Upin & Ipin Animation (YouTube)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jerebu yang setiap tahun melanda di Malaysia bukan lagi satu perkara luar biasa
Setiap kali berlaku pembakaran terbuka yang meluas, beberapa negara seperti Malaysia dan Singapura pasti akan dilanda jerebu tebal yang menyebabkan rakyat batuk, sakit tekak, gatal mata, dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Baru-baru ini, Upin & Ipin telah memuat naik satu episod lama yang menceritakan jerebu dan bahaya pembakaran terbuka.
Episod ini sudah lama dikeluarkan pada tahun 2013 bertajuk 'Bahaya Jerebu' mempunyai tiga bahagian episod ke-28, ke-29 dan ke-30 dalam musim ke-7 Upin & Ipin.

Episod ini telah membawa ribuan maklum balas daripada netizen di serata media sosial
Ruangan komen telah menjadi riuh dengan pelbagai reaksi daripada warga Indonesia yang pasrah dengan fenomena jerebu.
Setakat ini, ruangan komen untuk episod tersebut telah ditutup oleh Upin & Ipin Animation.

Dilaporkan Vocket, beberapa komen dari seorang pengguna memberitahu rasa tersindirnya di komen.
"Terlalu menyindir. BTW terima kasih bantuan untuk Indonesia dan mohon maaf dulu sering ribut masalah rendang sama batik."
Komen ini telah mendapat banyak reaksi dari orang ramai kerana menyentuh perselisihan faham budaya masa lalu, tetapi dengan sikap sangat memahami.

Ada komen yang menyokong tindakan Les' Copaque untuk memuat naik semula episod berkenaan bahaya isu pembakaran terbuka yang memberikan kesan buruk kepada semua orang yang terlibat.
"Sindir terus pakcik, kami rakyat Indonesia mendukung penuh, terima kasih!"
Ramai juga warga Indonesia yang turut memohon maaf demi karakter Susanti.
Susanti adalah satu-satunya karakter dari Indonesia dalam animasi tersebut dan merupakan salah seorang sahabat baik Upin & Ipin.

"Maafkan negara kami ya Upin Ipin, jangan benci Susanti"
Ramai bersetuju isu pembakaran terbuka ini perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa untuk kesihatan sejagat.
Les' Copaque juga turut memuat naik video terkini animasi Upin & Ipin yang bersambung daripada episod berkenaan yang memaparkan situasi yang kini dialami oleh rakyat Malaysia.
Isu ini sudah saban tahun berlaku dan menyebarkan kesedaran dari karya animasi mampu untuk memberikan hiburan dan juga mesej yang terbaik.
Tonton episod penuh disini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


