NRES Ketatkan Syarat Mendaki Seluruh Negara Demi Keselamatan & Nyawa Pendaki

Difahamkan, saringan pra pendakian kini juga lebih ketat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Klook & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak berkuasa Malaysia kini memperkenalkan syarat baharu buat semua pendaki

Peraturan baharu ini diperkenalkan dengan memperketat kawalan aktiviti pendakian di seluruh negara termasuk mengehadkan 'day hike' dan 'compressed hike' di kawasan pergunungan berisiko tinggi.

Trend 'compressed hike' kini menjadi satu aktiviti popular kerana boleh menamatkan laluan pendakian dalam tempoh yang lebih singkat dari jadual asal. Perkara ini membawa kepada risiko yang amat tinggi dan memerlukan disiplin yang ketat.

Menurut laporan dari Berita Harian, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Syed Ibrahim Syed Noh mengatakan sesetengah pendaki mengambil mudah persediaan, mengejar trend media sosial dan meneroka laluan baharu tanpa kebenaran telah menjadi antara punca banyak kejadian kecemasan dan sesat di hutan.

"Fokus utama kerajaan ialah mengurangkan risiko kejadian sesat dan kemalangan, sekali gus untuk meminimumkan keperluan operasi SAR yang melibatkan kos serta sumber yang tinggi.

"… pendekatan kita ini bertujuan untuk mengurangkan risiko keletihan yang melampau, sesat laluan dan juga kejadian kecemasan sebelum ia berlaku,"
katanya.

Kerajaan kini telah mewajibkan penggunaan perkhidmatan malim gunung (mountain guide) di 189 lokasi berisiko tinggi di seluruh negara.

SAYS.com
Image via Demi Sabah

Mengurangkan risiko demi nyawa dan keselamatan pendaki

Beliau turut menambah saringan pra pendakian kini tidak lagi boleh dipandang remeh dan merangkumi beberapa syarat wajib.

Sebelum pendakian pendaki perlu melalui pengisytiharan status kesihatan, rekod perubatan, perlindungan insurans serta cadangan pelaksanaan saringan gejala High Altitude Illness dan Acute Mountain Sickness terutama di Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Tahan, Pahang.

Langkah ini diwujudkan supaya risiko pendaki dapat dikenal pasti lebih awal sebelum dibenarkan mendaki.

SAYS.com
Image via Berita Harian

"Selain itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga mewajibkan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) di 189 kawasan pendakian yang berisiko tinggi.

"MGP yang berperanan sebagai jurupandu arah bertauliah turut menyokong aspek keselamatan pendaki, tindak balas kecemasan serta pematuhan kepada amalan pendakian,"
katanya lagi.

Kini seramai 2,322 orang daripada komuniti setempat termasuk masyarakat Orang Asli telah ditauliahkan sebagai MGP melalui Program Pembangunan Kemahiran MGP.

Teknologi seperti Sistem Pengurusan Trek Pendakian berasaskan Sistem Maklumat Geografi dan penderiaan jauh juga sedang dibangunkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: