Pemegang Kad UNHCR Kantoi Pandu BMW Mewah Untuk Majlis Kahwin Dengan Cukai Jalan Tamat Tempoh

Daripada jumlah itu, sebanyak 145 kenderaan disita melibatkan pelbagai model mewah termasuk BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard, Lexus dan BMW Limousine.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kereta mewah BMW 7 Series yang dipandu seorang lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) antara 145 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menerusi Ops Luxury

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, apa yang lebih menarik perhatian adalah kenderaan berkenaan dipercayai sedang dihias untuk digunakan dalam majlis perkahwinan ketika ditahan dalam operasi yang dijalankan minggu lalu.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sidhu berkata, sebanyak 870 kenderaan diperiksa sejak Ops Luxury dilaksanakan pada awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 145 kenderaan disita melibatkan pelbagai model mewah termasuk BMW, Mercedes-Benz, Toyota Alphard, Lexus dan BMW Limousine.

Menurut beliau, tujuh daripada kenderaan mewah yang disita melibatkan bukan warganegara dari China, Pakistan dan Bangladesh serta seorang pemegang kad UNHCR.

Fokus kepada cukai jalan, insurans dan lesen memandu

Jelasnya, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada pematuhan Lesen Kenderaan Motor (LKM), perlindungan insurans dan lesen memandu yang tidak sah atau telah tamat tempoh.

Selain itu, JPJ turut memantau pengubahsuaian kenderaan tanpa kelulusan serta kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Setiap kesalahan yang dikesan akan dikenakan tindakan tanpa sebarang kompromi termasuk sitaan kenderaan dan pendakwaan di mahkamah," katanya.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Jasyindar berkata, pemilik kenderaan mewah serta penggiat automotif perlu memahami bahawa nilai sesebuah kenderaan tidak memberi kekebalan daripada tindakan undang-undang.

Beliau turut memaklumkan bahawa JPJ akan meningkatkan kekerapan operasi penguatkuasaan menerusi rondaan, sekatan jalan raya dan pemeriksaan teknikal bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: