Platform Media Sosial Yang Tidak Patuh Akta Akan Didenda RM10 Juta – Fahmi Fadzil

Difahamkan, jika gagal dipatuhi platform media sosial akan didenda sehingga RM10 juta.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Air Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Platform media sosial yang gagal mematuhi keperluan pengesahan umur di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) boleh dikenakan penalti

Tanpa mengira platform, jika didapati tidak menetapi akta tersebut akan didenda sehingga RM10 juta.

Menurut laporan dari Harian Metro, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil platform-platform ini boleh dikenakan penalti kewangan jika gagal mematuhi akta tersebut selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan notis ketidakpatuhan.

Pemberi perkhidmatan berlesen yang telah menerima notis tersebut hendaklah membayar penalti kewangan yang telah ditetapkan atau mengemukakan representasi kepada MCMC untuk semakan semula.

"Bagi ketidakpatuhan kepada Bahagian III Akta 866, pemberi perkhidmatan berlesen boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM10 juta sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta 866," katanya di sesi soal jawab Dewan Rakyat semalam.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

MCMC mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan

Menurut beliau, MCMC mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap perkhidmatan berlesen yang gagal mematuhi kewajipan di bawah akta berkenaan.

Di samping itu, MCMC boleh mengeluarkan arahan bertulis kepada pemberi perkhidmatan berlesen supaya mematuhi mana-mana peruntukan di bawah akta tersebut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Berita Harian

"Kegagalan mematuhi arahan yang dikeluarkan merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta serta denda tambahan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan," katanya.

Sejak Januari lepas, sebanyak 30 sesi libat urus telah diadakan menerusi pelaksanaan medan uji kaji kawal selia (regulatory sandbox) untuk perbincangan mekanisme pengesahan umur.

Ibu bapa kini diwajibkan untuk memastikan anak-anak mereka membuat pengesahan umur terutamanya untuk mengakses platform media sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: