PMX Dedah Hampir 6,000 Kes Buli Dilaporkan Di Sekolah Dalam Tempoh Lapan Bulan Tahun Ini
Difahamkan, ibu bapa diseru bersama-sama melaksanakan peranan dan memikul tanggungjawab dalam pemantauan
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejumlah 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini
Dilaporkan oleh BERNAMA, perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15.
Menurut beliau, statistik itu melibat kesalahan buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan serta buli siber.
Bagaimanapun, angka sebenar berkemungkinan lebih besar kerana terdapat kes buli dan salah laku disiplin di pusat pendidikan yang tidak dilaporkan kerana pihak pentadbiran yang mahu menjaga imej sekolah masing-masing.
"Masalahnya kadang-kadang dilindungi (pelaku) kerana tak mahu imej sekolah itu buruk, mahu jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja hakikatnya anak-anak di sekolah itu berasa terdera, tertekan (apabila) masuk ke sekolah.
"Jadi jangan sembunyikan, kerana yang rosak anak ini, pendekatan tak betul. Saya setuju dalam kes-kes seperti ini, apa-apa jua pun alasan, tindakan harus diambil secara cepat dan tegas," katanya.

Ibu bapa diseru bersama-sama melaksanakan peranan dan memikul tanggungjawab dalam pemantauan
Perdana Menteri menyeru ibu bapa bersama-sama melaksanakan peranan dan memikul tanggungjawab dalam memantau pendidikan dan keselamatan anak-anak.
Mereka tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada warga pendidik.
"Soal pemantauan, asrama, audit keselamatan, kapasiti penyeliaan murid, kaunseling, isu-isu mental, inisiatif kesejahteraan, itu semua telah dilakukan (Kementerian Pendidikan). Adakah mencukupi? Saya fikir belum, kerana hal ini begitu mencabar dan perlu melibatkan semua pihak," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianBeliau juga mempersoalkan ibu bapa yang hampir tidak ambil tahu langsung kebajikan anak-anak mereka. Di asrama kawalan lebih ketat tetapi di luar terdapat segelintir ibu bapa yang masih tidak ambil tahu anak balik ke rumah atau tidak sehingga 11-12 malam.
Menurut Anwar, isu buli juga tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada warga pendidik dan pelbagai langkah telah diambil dalam mengekang masalah itu termasuk menambah bilangan guru bimbingan dan kaunseling serta pembantu warden di asrama.

Gambar sekadar hiasan.
Image via WikipediaPenambahbaikan sistem untuk disiplin murid, mendengar suara dan masalah murid, melakukan advokasi, menggariskan polisi perlindungan murid sekolah dan saringan minda sihat untuk isu kesihatan mental juga akan dibangkitkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via