Rakyat Malaysia Rancang Kahwin Di Thailand Dinasihat Guna Saluran Sah & Diiktiraf
Surat pengesahan konsulat adalah penting untuk memastikan prosedur mahkamah bagi urusan pendaftaran pernikahan di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berkahwin di Thailand bukan lagi satu berita asing buat warga Malaysia
Terdapat beberapa orang yang membuat keputusan untuk berkahwin di sana tetapi ramai tidak menggunakan laluan yang sah sehingga menyebabkan masalah dokumentasi apabila mereka mahu berdaftar di Malaysia.
Dilaporkan oleh Harian Metro, rakyat Malaysia yang merancang nikah di Thailand perlu memastikan surat pengesahan dapat dikeluarkan pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, Konsul Jeneral Malaysia, mengatakan bahawa jika mereka memasuki negara itu secara tidak sah seperti menggunakan lorong tikus, pihak konsulat tidak dapat mengeluarkan surat pengesahan kerana telah melanggar undang-undang Thailand.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoSurat pengesahan adalah sangat penting untuk prosedur di Malaysia
Menurut beliau, surat pengesahan konsulat adalah penting untuk memastikan prosedur mahkamah bagi urusan pendaftaran pernikahan di Malaysia.
"Tak banyak tetapi masih ada (pasangan Malaysia), sebab ada yang datang kepada kami untuk minta pengesahan, kami tak boleh nak beri (pengesahan) sebab prinsipnya bila mereka datang ke Thailand, melakukan kesalahan imigresen, pihak konsulat sukar untuk membuat pengesahan tersebut.
"Kami perlu menghormati undang-undang di negara Thailand ini, jadi itu saya minta rakyat Malaysia faham perkara tersebut," katanya.
Menurut Ahmad Fahmi, kira-kira 70 rakyat Malaysia di dalam tahanan penjara di kawasan Selatan Thailand tetapi majoritinya adalah berkaitan kes dadah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via