Rosmah Diarah Bayar RM67.5 Juta Kepada Syarikat Barang Kemas Lubnan Ekoran 43 Barang Kemasnya Hilang

Bayaran ganti rugi itu perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan bermula tarikh penghakiman.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk membayar ganti rugi sebanyak RM67.5 juta kepada sebuah syarikat barang kemas dari Lubnan selepas mahkamah memutuskan memihak kepada plaintif dalam kes kehilangan 43 unit barang kemas mewah

Menurut laporan Kosmo!, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Quay Chew Soon yang membenarkan saman difailkan syarikat Global Royalty Trading SAL terhadap Rosmah berhubung barang kemas yang didakwa dipinjamkan kepadanya sebelum gagal dipulangkan.

Selain jumlah ganti rugi tersebut, mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos sebanyak RM150,000, dengan RM75,000 diberikan kepada plaintif dan RM75,000 lagi kepada pihak ketiga. Bayaran ganti rugi itu perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan bermula tarikh penghakiman.

Syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan itu sebelum ini memfailkan saman bernilai AS$14.57 juta terhadap Rosmah selepas mendakwa lebih 40 unit barang kemas mewah yang dipinjamkan kepadanya hilang dan tidak dikembalikan.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Sepanjang perbicaraan, Rosmah menafikan dakwaan bahawa beliau cuai atau enggan memulangkan barang kemas berkenaan

Menurutnya, beliau sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua barang kemas itu berada dalam keadaan baik dan boleh dipulangkan semula apabila diminta.

Walau bagaimanapun, perbicaraan turut menyaksikan beberapa saksi memberi keterangan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa pasukan polis yang menyerbu sebuah unit di Pavilion Residences pada Mei 2018 menemui sejumlah besar wang tunai dan barang kemas sehingga melimpah keluar daripada bagasi dan bertaburan di atas lantai.

Menurutnya lagi, sebanyak 71 bagasi, satu kotak plastik serta 284 kotak mengandungi beg tangan ditemui ketika serbuan yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1MDB.

Prosiding turut melibatkan pihak ketiga iaitu Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Siti Aishah Ramlan. Global Royalty diwakili peguam Datuk David Gurupatham manakala Rosmah diwakili peguam Reza Rahim.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: