Rusia Kuarantin 189 Orang Setelah Seorang Penyelidik Mati Akibat Wabak Misteri

Difahamkan, White House juga sedang memantau situasi ini.

Cover ImageCover image via The Edge Malaysia & ABC News

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 189 individu kini telah dikuarantin untuk pemantauan berikutan kematian seorang pekerja penyelidik mati di Rusia

Menurut laporan daripada CNBC, kuarantin ini terjadi selepas kematian mengejut seorang pekerja wanita berusia 27 tahun di institut anti-wabak di kawasan Irkutsk, Timur Siberia.

Wanita itu dilaporkan jatuh sakit setelah balik dari Republic of Buryatia, satu kawasan berdekatan sempadan Mongolia di mana wabak itu baru muncul.

SAYS.com

Institut Bantuan Perubatan dan Penyelamat di Irkutsk, Rusia.

Image via New Straits Times / Reuters

Situasi wabak di Rusia difahamkan masih dalam keadaan terkawal

Menurut wakil Kesihatan Awam Rusia, Rospotrebnadzor mengatakan penyelidik itu menghidapi 'pneumonia dengan etiologi tidak diketahui'.

Kajian mendapati tiada mikroorganisme yang berkaitan dengan kerja profesional penyelidik berkenaan.

Rospotrebnadzor menegaskan situasi epidemiologi di kawasan ini kekal stabil walaupun laporan awal mengesyaki ia adalah wabak pnuemonia.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via CBS News

White House juga sedang memantau keadaan tersebut jika wabak berkenaan menjadi lebih teruk.

Menurut BBC, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump masih belum bercakap dengan Rusia mengenai perkara ini.

"Saya tidak sanggup melihat mereka menghadapinya. Kami akan membantu. Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah sedemikian, kami sentiasa akan membantu," katanya.

World Health Organisation (WHO) mengatakan risiko kepada orang awam adalah rendah. Tetapi penilaian risiko tetap akan dibuat sejurus mendapat lebih banyak maklumat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: