Setiap Balai Polis Di Negeri Kelantan Wajib Tangkap Seorang Penagih Setiap Hari
KPI baru untuk menangkap penagih dadah bagi Kelantan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menetapkan satu kewajipan baharu kepada semua 56 ketua balai polis di negeri itu
Kewajipan tersebut adalah semua cawangan perlu menangkap seorang penagih dadah setiap hari. Operasi ini sebenarnya telah pun bermula 15 Julai lalu.
Menurut laporan dari Kosmo, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat mengatakan ketetapan ini diperkenalkan berikutan balai polis mempunyai sektor-sektor tertentu yang dekat dengan masyarakat sekali gus memudahkan proses tangkapan penagih.
Misi ini adalah untuk menangkap seorang penagih setiap hari selama tiga bulan sehingga Oktober depan. Semakan keberkesanan ini akan dikaji semula selepas tamat tempoh yang diberikan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat
Image via KosmoKPI baru untuk menangkap penagih dadah yang diketahui ada di tempat berdekatan kawasan balai masing-masing
Sebelum ini telah diterapkan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menangkap seramai 85 orang penagih dadah setiap hari di Kelantan.
"Kita wajibkan ketua balai tangkap seorang penagih dadah setiap hari. Di peringkat ketua polis daerah fokus kepada tangkapan pengedar dadah, manakala Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK pula menangkap tokan besar atau sindiket.
"Sebelum ini, kita menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dengan menangkap seramai 85 orang penagih dadah setiap hari di Kelantan. Kini, kita buat ketetapan baharu bermula daripada peringkat akar umbi terutamanya ketua balai yang pastinya tahu mengenai kewujudan penagih dadah di tempat mereka," katanya.
Mohd. Yusoff turut menambah pegawai dan anggota yang gagal mencapai KPI tersebut akan dikenakan tindakan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianBeliau juga yakin KPI secara harian ini akan membuatkan pengedar dadah lebih takut dan gerun untuk menjalankan kegiatan mereka.
"Kita mahu kerat di peringkat akar umbi lagi. Jadi, ketua balai perlu memainkan peranan untuk menangkap seorang penagih setiap hari.
"Apabila isu dadah dapat diselesai, saya yakin kes jenayah lain juga dapat ditangani. Berdasarkan siasatan lanjut, dadah sememangnya menjadi punca kepada segala kes jenayah," katanya lagi.
Menurut statistik dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kelantan masih mencatat kadar tertinggi iaitu 1,105 penagih dan penyalahgunaan dadah bagi setiap 100,000 penduduk diikuti Terengganu (997 orang), Perlis (970 orang) dan Kedah (965 orang).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via