Wanita Pilih Mop Koridor Apartment Sendiri Sebagai Aktiviti Bersenam – “Rajin Sungguh!”
Bakar kalori dapat, pahala pun dapat.
Cover image via @forever.zati / ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita baru-baru ini mendapat pujian netizen setelah menjadi viral kerana mengemop koridor di apartment rumahnya
Dikongsikan oleh Izzati di Threads pada 19 Julai lepas, dia menunjukkan gambar koridor yang kini lebih bersih dan berkilat.
"Level gila aku sampai aku mop satu tingkat walaupun duduk kat apartment sebab aku ambik makan malam lewat,
"Nak exercise lain aku malas, baik lah aku jadi insan berguna kepada masyarakat setempat.. sekian," katanya di Threads.

Netizen terpegun dan terkesima dengan tindakan yang jarang dibuat orang
Sejak penulisan ini, ciapan Threads tersebut telah mendapat lebih 40.4k Likes, 2.3k komen.
Ramai memuji tindakan Izati kerana jarang-jarang dibuat penghuni untuk membantu mencuci bahagian di apartment mereka.
"Alhamdulillah. Tahniah. inspired la awak ni. Ada 1 brader tu sy folo camni la. cuma dia pi surau area dekat rumah dia dan workout paths dia pastu dia bersihkan surau tu as a part of his exercises dan juga fisabilillah dia. dua2 ni very inspiring," kata seorang pengguna.
"Hahaha mantap gila sis! Kalori terbakar pastu pahala pun dapat"
Ada netizen lain juga berkongsi perkara yang sama mereka buat iaitu mencuci bahagian di tempat tinggal rumah mereka.
"Saya basuh balkoni dan tangga terus," kata @mak_sue di Threads.

"Allahu ada jugak sekufu dengan kita, kalau orang nampak memalam mop lobi mesti kata saya. Tapi sebenarnya saya tengah bersenam. Bila tengok hari siang lobi bersih je. Hati pun senang," kata @kantinsampedas.

Menurut laporan dari SAYS, Izzati menggunakan tiga baldi air untuk mencuci koridor di tingkat 14 rumahnya.
"Saya perlu menukar air beberapa kali untuk memastikan ia berkilat," katanya.
Izzati berkongsi bahawa dia sudah dua tahun tinggal di salah satu apartment di Setia Alam, Selangor dan selalunya hanya bersenam dengan brisk walking dan membuat kerja rumah. Dia juga bekerja sebagai seorang tutor persendirian dan berumur 32 tahun.
"Sebelum ada orang mengata apa-apa, saya selalu mengemop koridor apartment selepas pukul 11 malam pada hari minggu,
"Pada waktu ini, tiada orang menggunakan koridor dan boleh elak dari ada orang terjatuh," katanya lagi.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


