Berjaya Kumpul RM19k Duit Kahwin Dalam 5 Bulan, Wanita Dedah Tips 'Spiritual' Murah Rezeki
Betul, apa-apa yang kita idamkan perlu disusuli dengan usaha, doa dan tawakal.
Setiap daripada kita perlu sedar bahawa rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Malah tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:
Menyedari hakikat itu, setiap Muslim perlu beriman kerana kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki kita itu dipohon.
Bukan itu sahaja, kita juga perlu bersabar dalam memohon rezeki daripadaNya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Ini kerana Allah SWT akan mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Seperti yang diceritakan seorang wanita perihal bagaimana dia merasakan dirinya dimurahkan rezeki setelah mengamalkan beberapa perkara tatkala sedang menabung untuk hari perkahwinannya
Menerusi laman Twitter, wanita yang bernama Shahfika Ahmad itu telah berkongsikan tips kejayaan dirinya yang berjaya mengumpul duit kahwin sehingga RM19 ribu dalam tempoh 5 bulan.
Menurut Shahfika, dia menyatakan bahawa penyumbang utama dia serta keluarganya dimurahkan rezeki adalah disebabkan caranya mengamalkan wirid serta doa Al-Mathurat. Pada masa yang sama, menjaga hubungan dengan Allah SWT serta tanggungjawab terhadap keluarga juga tidak dia abaikan.
Menurut Shahfika lagi, demi mencapai sasarannya, selain sentiasa beringat, dia juga terpaksa mengawal diri daripada membazir dan menggunakan wang yang ada membeli benda-benda yang tidak perlu. Di samping itu dia turut membuat pengiraan bajet serta kos perbelanjaan perkahwinan.
Satu lagi perkara yang diamalkan Shahfika adalah berbuat baik kepada haiwan yang dipercayai juga merupakan punca rezeki mencurah ke atas dirinya. Pada masa yang sama, perlu tanam sikap positif dalam diri yang haruslah seiring dengan doa kedua ibu bapa.
Mengakui gajinya sebagai seorang jurutera tidak mencecah RM2,000 namun Shahfika tetap menerima rezeki yang tidak disangka-sangka dirinya. Disebabkan itu, dia telah mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.
Pada masa yang sama, Shahfika telah berkongsikan juga beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan orang ramai bagi mendapat keberkatan sekali gus boleh dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup.
Ketika ditanya oleh seorang warganet, Shahfika menyatakan bahawa dalam tempoh dia mengumpul duit kahwinnya, dia telah dimurahkan rezeki dengan mendapat bonus, kenaikan gaji serta lain-lain insentif.
Betul, apa-apa yang kita idamkan perlu disusuli dengan usaha, doa dan tawakal. Ingat tu!